Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cloudflare 1.1.1.1 DNS Janjikan Akses Internet Yang Lebih Pantas Dan Selamat

Cloudflare 1.1.1.1 DNS Janjikan Akses Internet Yang Lebih Pantas Dan Selamat

Diterbitkan November 15, 2018 oleh Helmi Samsuri

Cloudflare sedia melancarkan perkhidmatan 1.1.1.1 DNS pada April yang lalu yang mana mereka menjanjikan sambungan internet yang lebih laju serta mengawal privasi pengguna.

Apa itu DNS? Untuk mudah difahami, DNS atau Domain Name System ini digunakan pengendali perkhidmatan internet untuk menterjemah nama domain kepada IP Address.

Contohnya, apabila anda menaip Wiser.my, sistem pelayan DNS akan menterjemahnya kepada IP Address supaya ia boleh difahami internet (router/switch) dan membawa carian anda kepada halaman tersebut.

Namun DNS yang disediakan oleh pembekal perkhidmatan internet(ISP) kadang-kala perlahan dan tidak boleh dipercayai. Oleh itu, Cloudflare tampil menjanjikan penyelesaian masalah itu.

Kini 1.1.1.1 DNS dilaporkan telah mula ditawarkan untuk peranti mudah alih Android serta iOS.

Difahamkan, Cloudflare menumpukan aspek privasi pada perkhidmatan mereka itu dengan menyatakan semua data log pertanyaan kepada DNS akan dipadam dalam tempoh 24 jam.

Cloudflare 1.1.1.1 DNS Janjikan Akses Internet Yang Lebih Pantas Dan Selamat

Untuk tidak mengelirukan anda, sambungan internet yang pantas bukan bermaksud pertambahan kadar pemindahan data tetapi DNS dari Cloudflare ini meningkatkan kadar permintaan dan tindak balas dengan sistem tersebut.

Untuk menggunakannya pada telefon pintar anda, boleh muat turun dari sini – App Store dan Google PlayStore

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
©2026 WISER.MY