Peranti yang buat masa kini dinamakan Galaxy S10 (masih belum rasmi) ini akan mempunyai paparan skrin OLED bersaiz 5.8 inci manakala bagi peranti Galaxy S10+ pula akan dilengkapi dengan skrin OLED seluas 6.3 inci. Kedua-dua peranti ini akan menggunakan rekaan Infinity Display yang pertama kali diperkenalkan pada peranti Galaxy S8 yang lalu.
Walaubagaimanapun, ura-ura berkenaan ciri peranti boleh lipat bakal digunakan pada Samsung Galaxy S10 berkemungkinan besar tidak menjadi kenyataan. Perkara ini berlaku apabila pihak Samsung lebih memilih untuk menghasilkan peranti yang lebih stabil berbanding sebuah inovasi terbaru yang membuat perubahan yang sangat ketara.
Menurut The Bell lagi, sistem pengesanan kamera 3D juga mungkin akan diperkenalkan pada Galaxy S10 ini dan ia masih dalam proses pembangunan. Sebelum ini, apabila Samsung memperkenalkan ciri Infinity Display dan terpaksa membawa pengesan cap jari ke bahagian belakang peranti, ramai yang kurang bersetuju kerana mendakwa akan ada kotoran dari cap jari yang terkena pada lensa kamera.
Ikuti laman Facebook rasmi Samsung untuk mengetahui perkembangan terbaru berkenaan produk keluaran mereka.
Sumber
Berkaitan
- Microsoft Dijangka Bakal Lancarkan Xbox Baharu Pertengahan Tahun Ini
- Edisi Khas Pixel 'Really Blue' Habis Dijual Selepas Beberapa Minit Dilancarkan
- Spesifikasi Honor Note 9 Terbongkar, Memperlihatkan Tetapan Dwi-Kamera Di Belakang
- Xiaomi Mi Mix 3 Muncul Dalam Satu Video Acah Menjelang Tarikh Pelancarannya 25 Oktober Ini
- Tiada Penerbangan Dron Dibenarkan Sepanjang Sambutan Ambang Tahun Baru
- Unboxing OnePlus 7T
- Facebook Messenger Kini Datang Dengan Fungsi Secret Conversation
- Cara Pasang GCAM Untuk Peranti Android #TipsGajet
- Qualcomm Snapdragon 712 Dilancarkan, Janji Prestasi Lebih Baik Untuk Peranti Kelas Pertengahan
- Pencarian Atlet e-Sukan Malaysia Ke Sukan SEA 2019 Bermula Bulan Ini