Di dalam artikel ini kami cuba memperincikan setiap ciri-ciri baru yang diperkenalkan untuk Galaxy S9. Kedua-dua peranti ini menggunakan skrin paparan yang sama iaitu Super AMOLED dengan Galaxy S9 diperkuatkan dengan Corning Gorilla Glass 5 yang lebih tebal dan memberikan perlindungan terhadap skrin anda.
Pembesar suara Stereo dari AKG
Mungkin satu ciri yang sudah lama wujud di peranti telefon pintar seperti Nexus 6P tetapi tidak semua peranti utama dilengkapi dengan pembesar suara stereo. Mungkin trend pengguna sekarang yang menggunakan fon telinga atau fon kepala bagi mendengar muzik di peranti telefon pintar mereka tetapi memiliki pembesar suara stereo mungkin menjadi daya tarikan bagi sesetengah orang di luar sana. Pembesar suara Galaxy S9 termasuk fon telinga telah dihasilkan oleh pengeluar barangan audio terkenal, AKG. Pembesar suara tersebut juga telah dilengkapi efek Dolby Atmos yang digunakan oleh kebanyakkan pawagam-pawagam sebagai efek sistem audio mereka.
https://youtu.be/xAc6MRWrDBA
Terjemahan secara langsung melalui Bixby
Pembantu digital Samsung, Bixby kini boleh membuat terjemahan secara langsung tentang apa yang ditangkap oleh kamera peranti. Fungsi ini sangat membantu jika kita berada di luar negara dan sedang mencari arah atau membaca papan tanda di dalam bahasa asing.
https://youtu.be/eY_XbkU74eo
Prestasi kamera dipertingkatkan
Peningkatan ketara untuk Galaxy S9 diperlihatkan dalam bahagian kamera. Kamera Galaxy S9 kini mempunyai kelajuan shutter paling pantas hingga 960 fps. Kemampuan kamera peranti ini boleh merakam video gerak perlahan sehingga 4 kali lebih perlahan dari apa yang ditawarkan oleh peranti telefon pintar lain di pasaran buat masa sekarang. Galaxy S9 juga menawarkan bukaan kamera paling besar untuk kamera telefon pintar dengan bukaan f/1.5 lensa sudut lebar dan digabungkan bersama lensa telefoto kedua dengan bukaan f/2.4.
https://youtu.be/z4LXuz3Mj-0
Sistem Nyahkunci yang lebih canggih
Galaxy S9 meneruskan tetapan kamera iris tetapi dipertingkatkan kemampuannya. Galaxy S9 kini menggabungkan fungsi pengesanan iris bersama-sama pengecaman wajah menjadi satu yang dipanggil intelligent scan. Kedudukan pengimbas cap jari juga diubah ke bahagian bawah modul kamera membuatkan capaian jari ke pengimbas cap jari lebih semulajadi berbanding peranti Galaxy S8.
https://youtu.be/v6efJBJ5m1A
Galaxy S9 akan mula dijual di seluruh dunia pada 16 Mac ini dengan harga bermula serendah RM 3299 untuk varian 64GB.
Sumber
Berkaitan
- Samsung Sedang Hasilkan Telefon Pintar Dengan Cip Grafik Tersendiri?
- Samsung Memperlihatkan Sistem Operasi One UI Untuk Jam Tangan Pintar
- Galaxy S9 Terjual Lebih Dari 8 Juta Unit Sebulan
- Samsung SDI Bercadang Mengitar Semula Telefon Pintar Untuk Bahan Seperti Kobalt
- Samsung Electronics Dedahkan Tarikh Acara Samsung Galaxy Unpacked 2018
- Samsung Galaxy Watch Akan Guna Wear OS
- Samsung Bakal Memotong Intel Sebagai Pembuat Cip Terbesar Di Dunia
- Kotak Jualan Peranti Samsung Galaxy S9 Tular Di Media Sosial
- Samsung Mengguna Pakai 40 Galaxy S5 Menjadi Sebuah Mesin Perlombongan Bitcoin
- AR Emoji Tidak Diinspirasikan Oleh Animoji Apple, Samsung