Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Penganalisis: Kurang Inovasi Sebabkan Minat Terhadap iPhone Menurun Setiap Tahun

Cip Pemprosesan A13 Untuk iPhone 2019 Akan Dihasilkan Dengan Teknologi EUV

Diterbitkan April 15, 2019 · Dikemas kini April 15, 2019 oleh ariff bukhari

Tetapi bukan cip Apple A13 yang akan muncul sebagai cip pertama dihasilkan dengan teknologi tersebut. Sebaliknya…

Menurut laporan oleh Commercial Times, Taiwan Semiconductor Manufacturing Company (TSMC)  dilaporkan akan mula menghasilkan cip pemprosesan terbaru A13 untuk iPhone 2019 pada suku kedua tahun ini.

Cip tersebut dikatakan akan dibangunkan dengan teknologi terbaru bagi penghasilan cip pemprosesan mikro yang dipanggil sebagai ‘extreme ultraviolet lithography‘ (EUV).

EUV merupakan teknologi termaju bagi proses penghasilan cip pemprosesan mikro di mana ia dikatakan mampu menghasilkan cip pemprosesan berkali ganda lebih berkuasa daripada cip pemprosesan yang ada ketika kini.

Namun begitu, bukan cip pemprosesan A13 Apple yang bakal menjadi cip pertama yang dihasilkan dengan teknologi EUV.

Sebaliknya, cip pemprosesan HiSilicon Kirin 985 adalah cip mikro pertama yang akan dihasilkan dengan teknologi tersebut melalui proses penghasilan yang dipanggil ‘N7+’.

Walaubagaimanapun, penghasilan cip A13 Apple itu pula bakal menyusul menggunakan versi teknologi EUV yang ditambah baik dengan melalui proses penghasilan yang dipanggil ‘N7 Pro’.

Cuma buat masa ini, perbezaan antara N7+ dan N7 Pro masih belum jelas diketahui kelebihan dan kekurangannya.

iPhone 2019 dijangka akan diperkenalkan pada September tahun ini.

Sumber: digitimes

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY