Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MediaTek 4nm

Cip 4nm Dimensity 2000 Laju, Capai Skor Lebih 1 Juta Di AnTuTu

Diterbitkan November 13, 2021 oleh Amsyar Latif

Seperti yang diketahui, cip MediaTek baharu yang mungkin dinamakan Dimensity 2000 akan tampil menggunakan pemproses 4nm. Ia turut dikhabarkan lebih berkuasa dan lebih baik kerana berasaskan pemproses TSMC.

Terbaru, telefon pintar yang dikuasakan Dimensity 2000 telah pun muncul di arena web. Peranti tersebut adalah vivo V2184 dan hadir dengan cip MT6983 (Dimensity 2000). Malah, ura-ura turut mendakwa vivo adalah telefon Android pertama yang mempunyai cip janaan itu.

Bukan itu sahaja, peranti vivo dengan cip Dimensity 2000 tersebut kini menerima skor sebanyak 1,002,220 di platform penanda aras AnTuTu Benchmark.

Dimensity 2000 prestasi skor

Skor sebegitu merupakan yang tertinggi setakat ini untuk peranti Android kerana buat masa sekarang, telefon yang dikuasakan Snapdragon 888 menerima skor lebih kurang 800,000 sahaja di platform ujian prestasi yang sama.

Apa-apa pun, menurut Digital Chat Station Dimensity 2000 hadir dengan 1x teras Cortex X2 3.0GHz, 3x teras prestasi 2.85GHz, 4x teras efisien 1.8GHz dan GPU Mali-G710 MC10.

Oleh yang demikian, sekiranya benar, pesaingan yang sihat seperti ini bakal memberikan kelebihan buat pengguna. Malah, era cip 4nm dijangka bermula penghujung tahun ini memandangkan Qualcomm sudah bersedia dengan acara Tech Summit nanti. Sementara Samsung dan Apple juga masing-masing dipercayai turut menggunakan cip 4nm.

Sumber: myfixguide

Baca juga:

  • AnTuTu Menyenaraikan Prestasi Telefon Pintar Android Terbaik Bagi Bulan Mei 2021

  • Cip Intel Alder Lake Desktop Kalahkan Apple M1 Max Tapi Kena ‘Kerja Keras’

  • Mungkin Ini CPU Dan GPU Yang Akan Diguna Snapdragon 898

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY