Data terkumpul itu adalah bertarikh dari 1 Mei hingga 31 Mei 2021.
Berdasarkan kepada skor yang diperolehi untuk tempoh tersebut, model telefon pintar andalan (flagship) Black Shark 4 Pro telah menerima skor tertinggi AnTuTu dengan jumlah 830022 mata.
Black Shark 4 Pro yang dikuasakan oleh cip Snapdragon 888 dengan kapasiti RAM12GB telah memahkotakan telefon pintar Android ini sebagai peranti dengan prestasi terbaik bagi bulan Mei.
Siri Black Shark 4 telah pun dilancarkan dalam bulan Mac lalu tetapi sehingga kini masih belum ditawarkan secara rasmi untuk pasaran tempatan.
Senarai AnTuTu itu diikuti oleh model telefon pintar Android Tencent Red Magic 6 Pro, OnePlus 9 Pro, OPPO Find X3 Pro, vivo X60 Pro+, iQoo 7, OnePlus 9, ROG dan Xiaomi 11 Ultra.

Bagi model telefon pintar pertengahan dengan prestasi terbaik pada bulan Mei pula dikuasai oleh Xiaomi 11 Lite yang dikuasakan oleh cip Snapdragon 780G dengan kapasiti RAM 8GB.
Xiaomi 11 Lite memperoleh mata AnTuTu sebanyak 530646 mata. Jauh meninggalkan pencabarnya yang lain.

Sumber: GizChina
Berkaitan
- Ini 10 Telefon Pintar Android Paling Berkuasa Bagi Bulan Disember 2022 - AnTuTu
- Prestasi Awal Ukur Aras iPhone 12 Pro Max Pada AnTuTu Agak Mengecewakan
- Menurut Antutu, Ini Adalah 10 Telefon Pintar Android Global Paling Berkuasa Bagi Bulan Ogos 2022
- Ini 10 Telefon Pintar Flagship Terbaik Bulan Julai 2022 - Antutu
- Ini Adalah 10 Telefon Pintar Android Terbaik Setakat Disember 2021 Menurut Antutu
- Ini Senarai 10 Telefon Pintar Paling Berkuasa Setakat Jun 2020, Menurut AnTuTu
- Oppo Find X2 Pro Memecah Rekod AnTuTu
- Skor AnTuTu Mendedahkan Prestasi Sebenar Cip A13Bionic iPhone SE 2020
- Senarai 10 Telefon Pintar Android Paling Berprestasi Setakat November 2022 - AnTuTu
- Xiaomi Mi 10 Ultra Menguasai Carta Antutu Bagi Bulan Ogos