Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 14

Cip Apple A16 Bionic Dilapor Turut Guna Pemproses 4nm

Diterbitkan November 5, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

Apple buat beberapa tahun ini sedia menggunakan cip dalam binaan 5nm dan merancang untuk beralih ke binaan 3nm pada tahun 2022. Namun, TSMC, pembekal cip untuk Apple dikatakan tidak mampu untuk memenuhi rancangan tersebut atas beberapa faktor teknikal.

Oleh itu, Apple barangkali hanya beralih menggunakan cip 4nm untuk model iPhone dan iPad bermula tahun depan. Walaupun gagal untuk melangkau terus ke 3nm, namun pastinya akan akan peningkatan ketara pada prestasi peranti.

Secara amnya, semakin kecil saiz transistor membuatkan semakin banyak transistor boleh dimuatkan dalam satu-satu cip. Dengan bilangan transistor yang lebih banyak ini, cip pemproses dapat memberikan prestasi dan kecekapan tenaga yang lebih baik.

Jika benar Apple akan menggunakan cip binaan 4nm, maka ia dilihat memberi kelebihan untuk para pesaingnya untuk mengejar kecanggihan teknologi Apple terutamanya dengan kejayaan siri cip Apple M1 tahun ini.

Sumber: macrumors

Baca juga:

  • Apple Nombor Satu Dalam Pasaran Tablet Dunia
  • Apple One Premier Hadir Ke Malaysia November Ini
  • Dalam Diam, Model iMac Ini Dihentikan – Cip Intel Akan Hilang Tempat Dalam Apple

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY