Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
intel alder lake

Cip Intel Alder Lake Desktop Kalahkan Apple M1 Max Tapi Kena ‘Kerja Keras’

Diterbitkan November 8, 2021 oleh Amsyar Latif

Baru-baru ini, Intel baru sahaja memperkenalkan cip pemproses generasi ke-12 atau Intel Alder Lake untuk desktop. Sebelum ini juga, cip tersebut dikatakan mampu mengalahkan cip terbaru Apple M1 Max.

Nampaknya dakwaan tersebut dilihat benar kerana hasil penanda aras Geekbench 5 kini mendedahkan Intel Core i9-12900K mengatasi M1 Pro dan M1 Max dimana 1.5x lebih laju.

Secara khususnya, pemproses i9 itu menerima skor multi-teras sekitar 18500. Manakala M1 Pro dan M1 Max pula 12500.

Namun, kelajuan tersebut memerlukan Intel ‘bekerja keras’ kerana bagi mencapai prestasi sebegitu, ia menggunakan kuasa jauh lebih tinggi berbanding cip Apple.

Buat makluman, Intel menyatakan penggunaan kuasa standard bagi cip itu adalah 125W dan maksimum (Turbo Boost) sehingga 241W.

Tambahan lagi, cip Intel Core i7-12700K turut mengatasi cip M1 Pro. Akan tetapi, kesnya masih sama, penggunaan kuasa lebih tinggi.

Apa-apa pun, Intel Alder Lake memang benar lebih laju daripada Apple M1 Pro dan M1 Max. Cumanya, ia memerlukan penggunaan kuasa lebih banyak.

Secara keseluruhan, Apple diikutkan berjaya mengeluarkan sebuah cip berprestasi tinggi untuk barisan komputer mereka tetapi pada masa sama penggunaan kuasa yang efisien. Malah, ketika Apple mulakan transisi M1, mereka tidak mengatakan cipnya terpantas di pasaran tetapi menjanjikan prestasi per watt lebih baik.

Jika anda mahu mengetahui lebih lanjut, AnandTech ada berkongsikan hasil ujian prestasi cip pemproses tersebut dengan lebih terperinci.

Sumber: wccftech

Baca juga:

  • M1 Pro Dan M1 Max Diumum – Cip M1 Yang Lebih Berkuasa

  • Intel Mahu “Tawan Hati” Apple Kembali

  • Intel Menjangkakan Kekurangan Bekalan Cip Akan Lanjut Sehingga 2023

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY