Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Snapdragon Dimensity

Spesifikasi Cip Snapdragon 898 Dan Dimensity 2000 Didedahkan, Guna 4nm

Diterbitkan Oktober 21, 2021 · Dikemas kini Oktober 21, 2021 oleh Amsyar Latif

Terdahulu, terdapat laporan mendakwa Qualcomm bakal memperkenalkan cip pemproses Snapdragon 898 sekitar bulan Disember nanti dan juga telah “diperlihatkan” prestasinya.

Terbaru, Digital Chat Station berkongsikan perincian berkaitan spesifikasi yang hadir dalam Snapdragon 898 dan juga MediaTek Dimensity 2000.

Dikatakan, kedua-dua cip tersebut mempunyai spesifikasi yang hampir sama. Namun, perbezaan terletak pada kecekapannya. Hal ini kerana Snapdragon dibina berasaskan pemproses 4nm Samsung. Sementara Dimensity 2000 pula menggunakan pemproses 4nm daripada TSMC.

#DigitalChatStation
The current sample parameters of Snapdragon 898 and Dimensity 2000, the start of pressure treasure:

Samsung 4nm, 1*3.0GHz X2 super large core + 3*2.5GHz large core + 4*1.79GHz small core, Adreno 730 GPU

— Digital Chat Station (@chat_station) October 20, 2021

Snapdragon 898 didakwa menampilkan 1x teras Cortex X2 dengan kelajuan 3.0GHz, 3x teras prestasi dengan kelajuan 2.5GHz dan 4x teras kecekapan pada kelajuan 1.79GHz serta GPU Adreno 730.

Manakala Dimensity 2000 pula hadir dengan 1x teras Cortex X2 3.0GHz, 3x teras prestasi 2.85GHz, 4x teras kecekapan 1.8GHz dan GPU Mali-G710 MC10.

Dengan ciri-ciri yang hampir sama, mungkin pengguna kini tiada masalah untuk memilih peranti yang dilengkapi cip Snapdragon atau Dimensity.

Pun begitu, adakah Dimensity akan jadi lebih baik berbanding Snapdragon? Sama-sama kita nantikan.

Sumber: Digital Chat Station

Baca juga:

  • Bukan 895, Mungkin Cip Snapdragon 898 Yang Akan Diperkenalkan

  • Rekaan Baharu Lagi, Ini Konsep Bagi Telefon Xiaomi 12

  • Ini Gambaran Awal Peranti Redmi K50, Rekaan Serba Baharu

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY