Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Qualcomm Tech Summit

Qualcomm Dijangka Melancar Snapdragon 898 Penghujung Bulan Ini

Diterbitkan November 8, 2021 oleh Amsyar Latif

Beberapa bulan lepas, blogger terkenal Digital Chat Station pernah mendedahkan prestasi cip pemproses andalan Qualcomm baharu yang mungkin dinamakan sebagai Snapdragon 898.

Kini, Qualcomm dilihat semakin hampir memperkenalkan cip pemproses terbaru itu selepas laman rasmi mereka akhirnya terpapar acara “Snapdragon Tech Summit” yang mana bakal diadakan sekitar 30 November hingga 2 Disember 2021.

Bagaimanapun, tiada maklumat lain yang dikongsikan Qualcomm buat masa sekarang. Nampaknya kita hanya perlu menunggu sahaja.

Pun begitu, berkemungkinan spesifikasi yang dilaporkan sebelum ini adalah benar. Snapdragon 898 akan menggunakan pemproses 4nm yang hadir dengan 8 teras beserta GPU Adreno 730.

Selain itu, peranti pertama yang dijangka menampilkan cip seumpama itu adalah Xiaomi 12 di mana ia turut dikhabarkan dilancarkan pada bulan ini.

Sumber: Qualcomm

Baca juga:

  • Spesifikasi Cip Snapdragon 898 Dan Dimensity 2000 Didedahkan, Guna 4nm

  • Qualcomm Ada 4 Cip Baharu, Snapdragon Yang Dinaik Taraf

  • Xiaomi Perkenal Teknologi Loop LiquidCool – Sistem Penyejukan Baharu Untuk Telefon

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY