Kemaskini baharu ini menjanjikan peningkatan prestasi Chrome daripada versi sebelum ini. Chrome kini mengutamakan ciri tab aktif dimana mengurangkan penggunaan CPU hingga 5x.
Ia turut memanjangkan hayat bateri sehingga 1.25 jam. Selain itu, sebanyak 25% lebih cepat apabila melancarkan Chrome, 7% lebih pantas untuk memuat halaman serta penggunaan ram lebih sedikit.
Sementara pada peranti Android, anda dapat memuat halaman dengan segera apabila menavigasi ke belakang atau ke hadapan laman yang dibuka.
https://www.youtube.com/watch?v=_me7_7C6Drs&feature=emb_title
Seterusnya, pencarian di tab kini lebih mudah. Jika anda seorang yang membuka banyak tetingkap, anda tidak perlu pening untuk mencarinya kerana ciri baharu, Chrome berikan anda dengan hanya memasukkan kata carian pada halaman yang sedang dibuka.
https://twitter.com/googlechrome/status/1328771072171384834?s=20
Ciri ini akan hadir pada Chromebook dahulu dan platform lain akan tiba tidak lama lagi.
Omnibox (search bar) kini akan memaparkan chrome actions atau jalan pintas ke tetapan biasa. Ia akan berikan anda untuk menyunting kata laluan, menghapus data carian atau sejarah (history).
Akhir sekali, halaman tab baharu akan segera muncul di kad kandungan berdasarkan laman yang dilayari dan berkaitan.
Pada telefon pintar, Chrome sudah menunjukkan artikel dari Google Discover. Ia adalah untuk anda kembali ke halaman yang pernah dibuka sebelum ini.
Tambahan, Chrome 87 juga tampil dengan PDF baharu. Toolbar kini dilengkapi navigasi yang menunjukkan pratonton gambar kecil bagi semua halaman dokumen.
Anda boleh pergi ke mana-mana halaman dokumen dengan lebih cepat atau memasukkan nombor halaman yang ingin dilihat.
Kawalan zum juga diberikan dengan kemampuan untuk menyesuaikan lebar atau halaman. Turut hadir dengan paparan dua halaman serentak dan juga pen penanda (highlighter).
Google menyatakan ciri-ciri ini akan hadir dalam beberapa minggu akan datang.
Sumber: google
Berkaitan
- Lenovo Dilapor Akan Lancar Tablet Baharu, Skrin OLED 120Hz Dan Snapdragon 870
- Ini Mungkin Telefon Google Pixel 5a 5G, Dijangka Diumum Esok
- Aplikasi Perakam Google Akan Hadir Dengan Ciri Penyuntingan Audio
- Samsung Galaxy Chromebook 2 - Chromebook Pertama Dengan Paparan QLED
- Spesifikasi Siri Samsung Galaxy S21 Didedahkan - Snapdragon 875/Exynos 2100 Dan 120Hz
- Google Pixel Ada Fungsi Baharu, Pantau Degup Jantung Guna Kamera
- Aplikasi Google Anda "Crash"? Ikuti Langkah Ini
- Google Mengesahkan Tarikh Pelancaran Siri Pixel 6
- Google Mungkin Kembalikan Imbasan Wajah Pada Pixel 6
- Jam Tangan Pintar Google Seakan Jam Tangan Klasik