Lenovo Dilapor Akan Lancar Tablet Baharu, Skrin OLED 120Hz Dan Snapdragon 870

Sebelum ini, Lenovo telah pun memperkenalkan XiaoXin Pad Pro atau P11 Pro. Kini, mereka dilaporkan bakal melancarkan penggantinya - Xiaoxin Pad Pro 12.6.

Menurut Digital Chat Station, tablet ini dikuasakan cip Snapdragon 870 dan lengkap dengan paparan 12.6 inci Samsung OLED beresolusi 2K dan kadar segar semula 120Hz.



Sementara spesifikasi lain adalah kamera 8MP hadapan, kamera belakang 13MP+5MP, bateri 10200mAh dengan sokongan pengecasan 45W, pengimbas cap jari pada bahagian sisi serta USB 3.1. Selain itu, tablet ini dikatakan bukan sebuah peranti yang mampu milik memandangkan ia berkelas andalan.

Biarpun begitu, tablet andalan itu masih tidak kelihatan secara rasmi di Malaysia. Jadi, mungkin anda boleh nantikan tablet daripada Xiaomi yang akan rasmi di Malaysia 23 September ini.

Sumber: Digital Chat Station

Baca juga: