Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Galaxy Chromebook 2 – Chromebook Pertama Dengan Paparan QLED

Samsung Galaxy Chromebook 2 – Chromebook Pertama Dengan Paparan QLED

Diterbitkan Januari 8, 2021 oleh Amsyar Latif

Chromebook merupakan sebuah komputer riba yang sering dikaitkan dengan komputer riba yang lebih mampu milik. Namun, tidak bagi Samsung kerana mereka baru sahaja memperkenalkan Galaxy Chromebook 2 dengan paparan QLED.

Tidak hairan jika Samsung berbuat demikian kerana model terdahulu ia sudah dilengkapi paparan 4K tetapi menerima maklum balas agak teruk disebabkan hayat baterinya.

Samsung Galaxy Chromebook 2 – Chromebook Pertama Dengan Paparan QLED

 

Galaxy Chromebook 2 juga adalah Chromebook pertama dengan paparan boleh sentuh QLED FHD. Jika nak dibandingkan, QLED menawarkan warna lebih baik daripada panel IPS dan kos lebih rendah daripada OLED.

Chromebook ini dilengkapi skrin bersaiz 13.3 inci dan dikuasakan cip Intel Core i3-10110U atau Celeron 5205U serta dipadankan 4GB atau 8GB RAM.

Samsung Galaxy Chromebook 2 – Chromebook Pertama Dengan Paparan QLED

Storan dalaman pula dimuatkan dengan 64GB sehingga 128GB dan dilengkapi 2 pembesar suara 5W. Ia juga menyokong USI Pen tetapi dijual secara berasingan.

Dengan bateri 45.5Wh, Samsung menjanjikan penggunaan yang lebih panjang berbanding sebelum ini. Harga jualan bermula AS$549 (~RM2216) dan mula dijual pada suku pertama 2021.

Sumber: Samsung

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY