Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
s21 ultra

Spesifikasi Siri Samsung Galaxy S21 Didedahkan – Snapdragon 875/Exynos 2100 Dan 120Hz

Diterbitkan November 16, 2020 oleh Amsyar Latif

Hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi sebelum siri Samsung Galaxy S21 akan dilancarkan.

Terkini, laman Android Police telah mendedahkan spesifikasi yang lebih terperinci bagi telefon pintar ini.

Laporan tersebut juga menyatakan bahawa gambar rekaan yang sebelum ini diperlihatkan adalah sama dengan maklumat baharu ini.

3 model yang akan diperkenalkan – model standard, model Plus dan juga Ultra. Masing-masing akan hadir dengan paparan bersaiz 6.2 inci, 6.7 inci dan 6.8 inci.

galaxy S21

Malah, S21 Ultra turut disahkan ia akan menyokong S-Pen seperti yang terdapat pada siri Galaxy Note tetapi dijual secara berasingan.

Selain itu, kesemua telefon ini akan dikuasakan Snapdragon 875 atau Exynos 2100 dan didatangkan dengan One UI 3.1 berasaskan Android 11.

Kedua-dua S21 dan S21 Plus dimuatkan dengan 12MP lensa utama, 12MP lensa ultra-lebar dan 64MP telefoto.

s21 specs

Sementara model Ultra pula mempunyai 108MP lensa utama, 10MP 3x lensa optikal telefoto, 10MP 10x lensa optikal telefoto dan 12MP ultra-lebar.

Kesemuanya akan hadir dengan rangkaian 5G dimana S21 dan S21 Plus adalah WiFi 6 dan Bluetooth 5.1, manakala Ultra pula WiFi 6E.

Bagi kapasiti bateri, S21 dimuatkan dengan bateri 4000mAh, Plus 4800mAh dan Ultra sebesar 5000mAh.

Siri Samsung Galaxy S21 Akan Diperkenalkan Pada Januari 2021, Ini Adalah Rekaan Yang Diperlihatkan

Tambahan lagi, pilihan warna yang ditawarkan adalah berbeza-beza mengikut model.

S21 akan hadir dengan warna phantom violet, phantom pink, phantom gray dan phantom white. S21 Plus pula phantom silver, phantom black dan phantom violet.

Untuk model S21 Ultra, hanya 2 warna ditawarkan iaitu phantom black dan phantom silver. Buat masa ini, tiada lagi harga bagi semua telefon siri galaxy S21.

Sumber: android police

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY