Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Pixel 4 Dan 4XL Diperkenalkan Secara Rasmi Pada 15 Oktober Ini

Google Pixel Ada Fungsi Baharu, Pantau Degup Jantung Guna Kamera

Diterbitkan Februari 5, 2021 ยท Dikemas kini Februari 5, 2021 oleh Amsyar Latif

Kebiasaan yang kita dengar, aksesori jam pintar atau penjejak kesihatan perlu dimiliki bagi memantau degupan jantung. Namun, selepas ini mungkin anda tidak perlu berbelanja lebih bagi menikmatinya.

Ini kerana, mulai bulan hadapan Google akan hadir dengan aplikasi Google Fit iaitu sebuah aplikasi untuk memantau degupan jantung serta kadar pernafasan.

Anda tidak salah baca kerana aplikasi ini tidak memerlukan sebarang aksesori tambahan untuk menggunakannya. Hanya perlukan telefon pintar yang sedia ada.

Bagaimana Google ingin menterjemahkan teknologi ini dengan hanya kamera?

Pasti anda ingat tentang Samsung Galaxy S5 dimana ia hadir dengan pengimbas jari pada bahagian belakang untuk mengetahui degupan jantung.

Google Pixel Ada Fungsi Baharu, Pantau Degup Jantung Guna Kamera
Samsung Galaxy S5

Fungsi inilah yang akan Google gunakan dimana anda hanya perlu meletakkan jari pada kamera belakang.

Kemudian, algoritma serta kajian klinikal yang dilakukan Google akan memberi tahu dapatan yang mungkin cukup tepat untuk anda pantau.

Google Pixel Ada Fungsi Baharu, Pantau Degup Jantung Guna Kamera

Sementara kadar pernafasan pula, boleh dikatakan menarik kerana anda perlu merakam diri anda selama 30 saat. Seterusnya, Google dapat mengetahui kadar pernafasan berdasarkan perubahan pada dada anda.

Aplikasi Google Fit ini bakal tiba untuk telefon Pixel sahaja dahulu yang mana penggunanya boleh mencuba aplikasi ini bulan hadapan.

Manakala Google berkata telefon lain akan menerimanya tidak lama lagi pada masa hadapan. Walau bagaimanapun, aplikasi ini hanyalah sebagai diognistik untuk kesihatan sendiri, sama seperti pada jam pintar.

Sumber: Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY