Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
bekas mufti dr zul chatgpt

ChatGPT Kurang Sesuai Sebagai Rujukan Agama – Bekas Mufti WP

Diterbitkan Februari 16, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Sejak beberapa minggu ini, ramai memetik “ChatGPT” baik tentang potensinya mahupun risiko untuk umat manusia. Kini, Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri, bekas mufti Wilayah Persekutuan mengulas sedikit tentang ChatGPT ini.

Bagi beliau, ChatGPT sememangnya sebuah sistem kecerdasan buatan yang sangat baik dan luar biasa tapi kurang sesuai dijadikan rujukan untuk hal berkaitan agama Islam.

Berkaitan

  • Jawapan Mufti Mengenai Hukum Pembelian Android Box
  • Mufti WP Perjelas Hukum Sokong Kelab Bola Sepak Yang Iktiraf LGBT
  • Mufti Jawab Hukum Jual Barang Di Media Sosial Dengan Cara Memalukan
  • Mufti WP Beri Jawapan Berkenaan 'Pre-Order' Tapi Harga Barang Tidak Spesifik
  • Mufti WP: Hukum Menjadikan Kriptowang Sebagai Mas Kahwin
  • Mufti WP: Hukum Bermain Telefon Dan Menjawab Panggilan Ketika Khutbah Jumaat

Sistem tersebut boleh diperbetul jika ia memberi penerangan yang salah namun ia tidak mampu menilai isu, mentarjih pandangan mahupun memberikan jawapan yang sesuai dengan soalan, tambah Dr. Zulkifli.

Dalam hal ini, ChatGPT dilihat masih “kaku” malah adakalanya memberikan jawapan yang jauh tersasar samada dalam bidang aqidah, fiqh, hadith, sirah, muamalat dan lain-lain. [3/5]

— Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) February 16, 2023

Walaupun boleh dijadikan panduan namun anda juga harus ingat jawapan diberikannya tidak semestinya tepat.

Mengakhiri twit beliau, bekas mufti juga mengatakan ChatGPT bukanlah ranah yang sesuai untuk diteroka oleh masyarakat awam yang menginginkan jawapan bagi persoalan agama.

Sumber: Dr. Zulkifli

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY