Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Jawapan Mufti Mengenai Hukum Pembelian Android Box

Jawapan Mufti Mengenai Hukum Pembelian Android Box

Diterbitkan November 24, 2021 ยท Dikemas kini November 24, 2021 oleh Helmi Samsuri

Android box disini, Android box disana, di mana-mana ada Android box zaman sekarang ni. Macam-macam model kita boleh beli, baik yang murah hinggalah yang mahal. Sebelum ini kita dah diperdengarkan dengan laporan kesalahan penjualan Android box haram tanpa label SKMM dan sebagainya. Itu baru hukum dunia, tapi kali ini Pejabat Mufti Wilayah tampil dengan jawapan yang berlandaskan agama.

Menjawab pertanyaan pengguna apakah hukum beli dan guna Android box, Mufti menyatakan ia adalah harus sekiranya tujuan pembelian dan penggunaan adalah untuk mengakses siaran percuma dan berbayar cara yang betul.

Namun begitu, hukum tersebut boleh berubah menjadi haram sekiranya pembelian dibuat  bertujuan untuk mengakses siaran berbayar dengan cara yang salah. Ia adalah haram kerana disifatkan sebagai menceroboh hak dan menzalimi pihak lain.

Bagi anda yang mahukan huraian jawapan yang lebih lengkap disertakan dengan petikan Al-Quran dan kaedah fiqh, boleh lawati IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-649 : HUKUM MEMBELI DAN MENGGUNAKAN ANDROID BOX

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tidak Boleh Memasak Dan Mandi, Warga Batam Salahkan Pusat Data AI
  • Dashcam DDPAI Dengan Kanta Dwifokus Pertama Di Dunia Dilancar Pada Harga RM1,269
  • Maybank2u Henti Sokong Pelayar Web Versi Lama Mulai 7 Januari 2027
  • Siapakah Alice Huang, Skandal Yang Dituduh Mengintip CEO Nvidia?
  • Google Perkenal TPU 8tx, 8i Max - Fokus Keselamatan Data, Pemprosesan AI Berskala Besar
  • Google Vids Kini Benarkan Pengguna Jana Video AI Sehingga 3 Video Berdurasi 15 Saat Setiap Bulan Percuma
  • Apple Keluarkan iOS 27.2.1 - Baiki Kelemahan Keselamatan iMessage, AirPlay Dan Bluetooth
  • Jensen Huang Hantar Emel Permohonan Maaf Kepada Staf NVIDIA, Akui Sedang Disiasat Oleh NVIDIA Sendiri
©2026 WISER.MY