Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
chatgpt hacker

ChatGPT Kini Diguna Penggodam Bangunkan Perisian Hasad Sofistikated

Diterbitkan April 11, 2023 oleh ariff bukhari

Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) selain membawa kebaikan tetapi kini turut membimbangkan.

Ini apabila seorang penyelidik keselamatan bernama Aaron Mulgrew dari Forcepoint telah berjaya membangunkan sebuah perisian hasad sofistikated dengan hanya menggunakan ChatGPT.

Mulgrew berjaya membuat baris berasingan kod berniat jahat dan berfungsi mengikut fungsi yang ditetapkan selepas beliaudengan mudah menemui kelemahan pada ciri keselamatan ChatGPT yang menghalang seseorang daripada menulis kod meragui.

ChatGPT Kini Diguna Penggodam Bangunkan Perisian Hasad Sofistikated

Mulgrew telah mencipta perisian hasad pencurian data yang hampir tidak dapat dikesan yang begitu canggih sehinggakan ia dapat mengelak daripada semua perisian keselamatan berasaskan pengesanan.

Perisian hasad ciptaan Mulgrew itu menyamar sebagai aplikasi screensaver yang kemudiannya dilancarkan secara automatik pada sistem operasi Windows.

Perisian hasad itu kemudiannya akan menapis fail (seperti imej, dokumen Word dan PDF) untuk data dicuri.

Lebih mengkagumkan adalah perisian hasad itu akan memecahkan data yang dicuri kepada kepingan yang lebih kecil dan menyembunyikannya dalam imej pada komputer.

Imej ini kemudiannya dimuat naik ke Google Drive, prosedur bagi mengelakkan ia dari dikesan.

Keadaan ini pastinya membimbangkan kerana pembangunan perisian hasad sebahaya ini biasanya mengambil masa beberapa minggu melibatkan sepasukan penggodam yang besar.

Jadi adalah tidak mustahil sekiranya sudah ada penggodam jahat yang sudah memanipulasi ChatGPT bagi membangunkan perisian hasad mereka ketika ini.

Berkaitan

  • 7 Sebab Telefon Ini Patut Jadi Telefon Raya Anda
  • FBI Beri Amaran Elakkan Guna Port USB Di Tempat Awam
  • KKD Bincang Untuk Gabungkan NACSA, CyberSecurity Malaysia - Fahmi

Sumber: Forcepoint

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY