Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ev chargesini_caricarz

ChargeSini Akan Pasang Stesen Pengecas EV Di 24 Cawangan Mydin

Diterbitkan Oktober 16, 2023 · Dikemas kini Oktober 16, 2023 oleh Amalina Athman

Mydin kini telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan ChargeSini, yang merupakan salah satu operator stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

Berkaitan

  • 10 Pengecas EV Percuma Disediakan Di Shah Alam
  • Lebih Banyak Stesen Pengecas EV Di iPoh Akan Diwujudkan MBI Dan XOX
  • Tesla Malaysia Terlibat Pasang Lebih 180 Stesen Pengecas EV Baru

Melalui MOU itu, ChargeSini akan menempatkan stesen pengecas EV di 24 cawangan Mydin seluruh negara.

Difahamkan, ChargeSini akan menyediakan 2 pengecas EV 60kW bagi setiap 24 cawangan, dengan jumlah keseluruhan sebanyak 48 pengecas dan dijangka siap sepenuhnya pada Mac 2024. Namun, setakat ini tidak dinyatakan cawangan yang akan dipasang stesen pengecasan tersebut.

Dengan langkah ini, ia membolehkan pengguna mendapat akses pengecas EV dengan lebih mudah, selain dapat mempromosikan penggunaan EV di Malaysia.

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2024 telah mengumumkan pelaburan daripada syarikat TNB, GENTARI dan Tesla sebanyak RM170 juta untuk memasang lebih 180 stesen pengecasan EV.

Sumber: ChargeSini

Gambar utama: Caricarz

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna iPhone Dengan iOS Lama Berisiko Digodam, Telegram Mula Hantar Amaran
  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
©2026 WISER.MY