Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
EV charger_Daily Hive

10 Pengecas EV Percuma Disediakan Di Shah Alam

Diterbitkan September 5, 2023 ยท Dikemas kini September 5, 2023 oleh Amalina Athman

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan 10 pengecas kenderaan elektrik (EV) secara percuma di beberapa lokasi di bawah kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) itu, setakat ini.

Berkaitan

  • Sebab Kenapa Telefon Ini Berbaloi Untuk Bajet Bawah RM1500
  • Anda Kini Boleh Tempah EV Edaran Proton Ini Dari Aplikasi Telefon Pintar
  • Tesla Model 3 Kini Dijual Di Malaysia Serendah RM189,000

Datuk Bandar Shah Alam Nor Fuad Abdul Hamid berkata perkhidmatan berkenaan boleh didapati di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Wisma MBSA dan di pejabat cawangan MBSA.

Menurut beliau, ia merupakan hasil kerjasama dengan Kementerian Tenaga Teknologi Hijau Dan Air (KeTTHA) sebelum ini.

Dalam pada itu, pihaknya kini sedang mengenal pasti lokasi bersesuaian mengikut keperluan dan permintaan. Antara lokasi sasaran untuk penambahan pemasangan pengecas itu adalah di pusat bandar serta pusat beli-belah di Shah Alam.

Julai lalu, kerajaan negeri merancang menyediakan kira-kira 1,000 pengecas EV di kawasan 12 PBT di negeri itu menjelang akhir tahun ini, terutamanya di Shah Alam, Petaling Jaya, Subang Jaya, Klang, Kajang serta Ampang Jaya.

Setakat ini, terdapat 102 pengecas EV di Selangor secara keseluruhan, dan perbincangan untuk menambah lagi kemudahan tersebut masih dijalankan.

Sumber: BERNAMA

Gambar utama: Daily Hive

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY