Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Volkswagen at the CES 2024

CES 2024: Volkswagen Integrasi ChatGPT Dalam Kenderaan

Diterbitkan Januari 10, 2024 · Dikemas kini Januari 10, 2024 oleh Amalina Athman

Volkswagen kini mengumumkan akan menjadi pengeluar pertama yang akan menawarkan integrasi ChatGPT oleh OpenAI ke dalam kenderaannya bermula pada suku kedua 2024.

Berkaitan

  • ChatGPT Digunakan Dalam Kereta, Begini Cara Ia Berfungsi
  • Ciri Suara Terbaru ChatGPT Diperkenalkan Dengan Lawak Jenaka CEO OpenAI

Menurut Volkswagen, ChatGPT akan ditawarkan sebagai ciri standard dalam pengeluaran model kenderaannya, termasuk Tiguan, Passat dan Golf. Syarikat itu turut mempamerkan kenderaan pertamanya yang diintegrasi dengan ChatGPT dalam acara CES 2024.

Volkswagen at the CES 2024
Golf GTI and ID.7

Bot sembang ini diintegrasi dengan voice assistant atau pembantu suara IDA yang tersedia dalam kenderaan Volkswagen. Ia bertujuan untuk menawarkan pelbagai keupayaan baharu yang merentasi kawalan suara sebelumnya.

Sebagai contoh, pembantu suara IDA boleh digunakan untuk mengawal infotainment, navigasi dan penyaman udara, atau untuk menjawab soalan asas. Dengan ChatGPT, AI akan memberikan maklumat tambahan sebagai tindak balas kepada soalan yang menjangkaui keupayaan IDA.

CES 2024: Volkswagen Integrasi ChatGPT Dalam Kenderaan

Jelas Volkswagen, pengguna tidak perlu membuat akaun baharu, memasang aplikasi baharu atau mengaktifkan ChatGPT.

Pembantu suara diaktifkan dengan menyebut “Hello IDA” atau menekan butang pada stereng. IDA secara automatik mengutamakan sama ada fungsi kenderaan harus dilaksanakan, destinasi dicari atau suhu dilaraskan. Jika permintaan itu tidak dapat dijawab oleh sistem Volkswagen, ia akan dimajukan tanpa nama kepada AI.

Dalam pada itu, Volkswagen turut menegaskan data peribadi dilindungi dan ChatGPT tidak mendapat akses kepada mana-mana data kenderaan – soalan dan jawapan dipadamkan serta-merta untuk memastikan tahap perlindungan data tertinggi yang mungkin. Ciri ini juga mengutamakan keselamatan dan integrasi yang lancar dengan pelbagai keupayaan IDA, memberikan kemudahan penggunaan untuk pemandu.

Sumber: Volkswagen

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Liputan ULTRA5G U Mobile Kini Menjangkau Kira-Kira 2.3 Juta Penduduk Di Sabah
  • Ini 10 Telefon Pintar Android Paling Berkuasa Dalam Ranking AnTuTu Setakat Oktober 2026
  • LUMOS Lancar 4 Model Tablet Mampu Milik, Harga Bermula RM399
  • Ledakan AI Ubah Kuasa Rundingan Pembekal Cip, Apple Kini Berdepan Kos Lebih Tinggi
  • Ladang Angin Seluas Singapura Kini Salur Elektrik Ke Vietnam
  • Google Perkenal Ikon Baharu Untuk Messages, Phone Dan Contacts
  • Lebih 1.3 Juta Set-Top Box Dijangkiti Malware, Google Sekat Salah Satu Pengeluar Peranti Android
  • Serangan Siber Ganggu Sistem Penyejukan Pasar Raya Di Sembilan Negara Eropah
©2026 WISER.MY