Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article (93)

Ciri Suara Terbaru ChatGPT Diperkenalkan Dengan Lawak Jenaka CEO OpenAI

Diterbitkan November 22, 2023 oleh Muhd Idham

Untuk pengetahuan anda, aplikasi ChatGPT telah menerima kemas kini terbaru yang sama seperti Alexa Amazon dan Siri Apple iaitu ciri suara yang mampu menjawab soalan daripada penggunanya.

Berdasarkan siaran media OpenAI di platform X, mereka merasmikan ciri terbaru ini secara percuma untuk kegunaan umum. Pengguna hanya perlu menekan butang ikon set kepala di aplikasi OpenAI untuk mengaktifkan perbualan bersama kecerdasan buatan ChatGPT.

ChatGPT with voice is now available to all free users. Download the app on your phone and tap the headphones icon to start a conversation.

Sound on 🔊 pic.twitter.com/c5sCFDAWU6

— OpenAI (@OpenAI) November 21, 2023

Selain daripada itu, rakaman suara yang digunakan untuk siaran media itu mengandungi satu jenaka mengenai CEO mereka, Sam Altman, yang dilaporkan meninggalkan syarikat itu pada minggu lepas tetapi kini telah kembali semula kepada OpenAI. Sila baca artikel penuh di sini.

Kandungan rakaman suara itu adalah tentang seorang pekerja yang menanyakan jumlah kuantiti pizza yang patut dibelinya untuk 778 orang. Dalam konteks ini, bilangan 778 orang itu merujuk kepada jumlah bilangan staf dalam syarikat OpenAI secara puratanya.

Anda boleh muat turun aplikasi ChatGPT ini di App Store untuk peranti iOS dan Google Play Store bagi peranti Android.

Berkaitan

  • Inilah Telefon "Tiga Tiga Sekupang" Versi Moden, Tahan Lasak Tapi Harga Tak Keras
  • OnePlus Perkenal Platform Cipta Muzik Guna AI
  • Begini Rupa YouTube Playables, Sebuah Ciri Main 'game' Di YouTube
  • Tukar Lembaga Pengarah Baharu, Sam Altman Kembali Sebagai CEO OpenAI

Sumber: Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY