Black Shark 3 Pro baru sahaja dilancarkan pada tahun ini. Kini, Black Shark 3s pula muncul dengan skrin 120Hz dan RAM 12GB.
Black Shark 3s ini didatangi dengan spesifikasi yang lebih kurang seperti abangnya iaitu Black Shark 3 Pro. Terdapat dua varian warna pada peranti ini iaitu hitam dan biru kristal.
Black Shark 3s menawarkan skrin yang bersaiz 6.67 inci jenis AMOLED, Full HD+ , dengan kadar segar semula 120Hz.
Seperti juga abangnya, Black Shark 3s dikuasakan dengan cip pemprosesan yang terpantas daripada Qualcomm iaitu Snapdragon 865 dengan GPU 650. Dari segi memori, ia dimuatkan dengan konfigurasi 12GB+128GB dan 12GB+256GB dan semuanya jenis storan UFS 3.1. Tiada sokongan slot micro SD untuk peranti ini.
Dari rekaan luaran, Black Shark 3s adalah sama seperti abangnya iaitu Black Shark 3 Pro. Di bahagian belakang pula terdapat tiga tetapan kamera iaitu 64 MP, kamera utama,13 MP sudut lebar dan 5 MP depth.
Menjalankan antaramuka JoyUI 12 yang berasaskan Android 10, Black Shark 3s mempunyai kapasiti bateri 4729mAh dengan sokongan pengecasan pantas 65W. Di belakang panel juga terdapat pengecasan magnetic yang pantas 18W.
Black Shark 3s ditawarkan dengan harga bermula INR 54,999 (RM 3,083) di India dan buat pada masa ini ianya hanya dipasarkan di pasaran India sahaja.
Sumber : The Times India