Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2019-02-20 at 9.58.43 AM

CEO Huawei Kongsi Foto, Dipercayai Diambil Dari Huawei P30 Pro

Diterbitkan Februari 20, 2019 · Dikemas kini Februari 20, 2019 oleh Helmi Samsuri

Siri flagship terbaru dari Huawei telah disahkan pelancarannya dibuat pada 26 Mac depan.

Spekulasi awal menyatakan tetapan 4 kamera bakal dilengkapkan pada Huawei P30 Pro. Ia diikuti dengan penawaran sarung pelindung dari Spigen, ibarat mengesahkan perkara itu.

CEO Huawei Kongsi Foto, Dipercayai Diambil Dari Huawei P30 Pro
Imej: Spigen

Terbaru, CEO Huawei, Richard Yu, telah berkongsi sampel gambar dan ia dipercayai diambil dari Huawei P30 Pro.

CEO Huawei Kongsi Foto, Dipercayai Diambil Dari Huawei P30 Pro
Imej: Richard Yu

Walaubagaimanapun, watermark pada imej itu dikaburkan sedikit dan jarak antara perkataan “Huawei” dan “Pro” agak rapat, menguatkan lagi ia adalah “P30”.

Baris bawahnya pula “QU**”, dipercayai merujuk kepada perkataan “QUAD”.

Huawei P30 Pro juga dilaporkan antara telefon pintar pertama yang akan menggunakan sensor 38MP Sony IMX 607.  Sensor kedua pula dikatakan lensa periskop untuk keupayaan zoom optikal diiringi lensa lebar dan lensa keempat dipercayai sensor ToF.

Sumber: Weibo via GizmoChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Dron Pengisi Minyak Di Udara Secara Kawalan Jauh Lebih 3,380 Km Dari Kapal Pengangkut
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
©2026 WISER.MY