Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CEO Apple Kata Harga iPhone X Tidak Mahal

CEO Apple Kata Harga iPhone X Tidak Mahal

Diterbitkan September 24, 2017 · Dikemas kini September 24, 2017 oleh Helmi Samsuri

Walaupun belum lagi ditawarkan di Malaysia, kebanyakkan peminat tempatan sudah berkira-kira sama ada mahu membeli ataupun tidak keluaran terbaru dari Apple, iPhone X. Ia merupakan harga permulaan paling mahal sejak iPhone diperkenalkan 10 tahun lalu.

Peranti yang dilancarkan dengan harga permulaan $999 (~RM4174.82) itu dianggap tidak mahal oleh CEO Apple, Tim Cook pada rancangan bual bicara Good Morning America. Beliau menyatakan bahawa ia merupakan “value price”, bermaksud iPhone X layak dijual dengan harga tersebut setanding dengan teknologi yang dibawanya.

Selain itu, beliau turut memberitahu tumpuan yang diberikan dunia kepada iPhone X sangat tinggi berdasarkan jumlah tempahan yang tinggi. Walaupun dijual pada harga $999 (~RM4174.82), ia masih mampu menarik minat pengguna.

“Apple bukan mahu jadi penjual paling banyak bagi setiap produk. Objektif kami bukanlah keuntungan yang besar. Objektif kami adalah menghasilkan produk yang mempermudah kehidupan masyarakat. Kami mahu bantu orang ramai.” ujar  Cook.

Klik untuk tonton temubual Tim Cook bersama rancangan Good Morning America

Sumber: Good Morning America

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
©2026 WISER.MY