Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CelcomDigi Tawar 5GB Data Percuma Sempena Hari Raya

CelcomDigi Tawar 5GB Data Percuma Sempena Hari Raya

Diterbitkan Mac 29, 2025 ยท Dikemas kini Mac 29, 2025 oleh Amalina Athman

Sebagai sebahagian daripada sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025, CelcomDigi akan memberikan 5GB data percuma pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri, iaitu pada 31 Mac 2025.

Inisiatif ini selari dengan Rebat Insentif RAHMAH yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.

Menurut CelcomDigi, data percuma ini akan diaktifkan secara automatik tanpa memerlukan sebarang pendaftaran.

Namun, untuk layak menerima 5GB internet berkelajuan tinggi dengan tempoh sah 24 jam, pelanggan prabayar dan pascabayar perlu:

  • Menghidupkan dan menggunakan data mudah alih antara 7 pagi hingga 7 malam, 31 Mac 2025.
  • Pengguna prabayar: Akaun mesti berada dalam status aktif.
  • Pengguna pascabayar: Akaun perlu aktif dan tiada bil tertunggak.

Selain itu, perlu diketahui bahawa CelcomDigi tidak akan menghantar sebarang notifikasi SMS mengenai pemberian data percuma ini.

Bagaimanapun, pengguna boleh menyemak data percuma tersebut melalui papan pemuka (dashboard) penggunaan dalam aplikasi Celcom Life dan MyDigi setelah ia diaktifkan.

Berkaitan

  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!
  • Anggota Polis Akan Terima Insentif Rebat RAHMAH Secara 'One-Off' - Kementerian Komunikasi
  • Pengguna Terima Tambahan Kuota 5GB Percuma Pada Raya Pertama
  • Yes Tawar 44GB Data Percuma Sempena Hari Raya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY