Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Gantikan Logo Lama, CelcomDigi Perkenal Logo Baru

CelcomDigi Akan Jadikan Hulu Kelang Sebagai Bandar Pintar Dalam Tempoh 10 Tahun

Diterbitkan Februari 6, 2024 ยท Dikemas kini Februari 6, 2024 oleh ariff bukhari

CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk pembangunan digital di DUN Hulu Kelang bagi proses transformasinya kepada sebuah bandar pintar.

Menerusi kerjasama selama 10 tahun itu, kedua-dua pihak akan berkolaborasi untuk meneroka dan melaksanakan penyelesaian teknologi 5G dan infrastruktur gentian yang mantap, bagi membina satu ekosistem bandar pintar yang akan mempertingkatkan kualiti hidup penduduk dan pertumbuhan perniagaan di Hulu Kelang.

Image 1 – CelcomDigi x MPAJ MoU

“CelcomDigi dan MPAJ akan bekerjasama untuk menilai dan mengenal pasti penyelesaian bandar pintar yang terbaik dan mampu mengubah DUN Hulu Kelang menjadi suatu daerah digital bersepadu, lengkap dengan persekitaran moden dan mampan yang boleh mempromosikan pertumbuhan ekonomi serta
meningkatkan kebajikan penduduknya.” Ketua Pegawai Eksekutif CelcomDigi, Datuk Idham Nawawi.

Sebagai rakan strategik, CelcomDigi akan bersama- sama menyelaras dan melaksanakan penyelesaian teknologi yang berkaitan bandar pintar, khususnya di DUN Hulu Kelang, yang merupakan kawasan projek perintis untuk pembangunan Bandar Pintar Ampang Jaya.

Berkaitan

  • vivo Pegang Pasaran Telefon Pintar Android Di China Pada Tahun 2023
  • Canon, Kamera Pilihan Rakyat Malaysia Selama 13 Tahun Berturut-Turut
  • Bayaran Saman PDRM Di ATM Maybank Tidak Tersedia Sehingga Notis Lanjut

Sumber: Siaran media CelcomDigi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY