Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
celcom 5g

Celcom Sedia Lancarkan 5G, Namun Masih Menunggu Pengagihan Spektrum Dari Kerajaan

Diterbitkan Julai 10, 2020 oleh Meor Hasyim

Menurut kenyataan dari CEO Celcom, syarikat itu kini sudah sedia untuk melancarkan teknologi rangkaian 5G untuk orang awam, namun masih menunggu pengagihan spektrum dari kerajaan (MCMC).

Tambahannya, Celcom telah menaik taraf infrastruktur mereka untuk kesesuaian teknologi 5G dan sekarang ini hanya menunggu pemilikan band spektrum sebelum mula dilancarkan secara komersil.

Untuk itu, ia akan mengambil masa beberapa bulan untuk pelancaran rasmi selepas mendapat spektrum yang diagihkan kepada mereka.

Sebelum ini, Celcom merupakan antara 5 syarikat yang diberikan spektrum 5G oleh MCMC. Namun ia dibatalkan secara mengejut disebabkan kaedah pengagihan yang perlu dikaji dan diperhalusi semula.

Kenyataan Celcom tentang pelancaran rasmi 5G untuk orang awam adalah selari dengan kenyataan MCMC sebelum ini  iaitu akan dilancarkan pada suku ketiga tahun ini.

Namun, untuk pengagihan semula spektrum kepada syarikat telekomunikasi termasuk juga Celcom masih tidak diperincikan buat masa ini.

Sumber: The Edge Market

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna iPhone Dengan iOS Lama Berisiko Digodam, Telegram Mula Hantar Amaran
  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
©2026 WISER.MY