Sebelum ini Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dilaporkan telah memperuntukkan spektrum 700MHz untuk 5 syarikat telekomunikasi di Malaysia iaitu Altel, Digi, Celcom, Maxis, dan TM.

Terkini, melalui pengumuman oleh YB Dato’ Saifuddin Abdullah selaku Menteri Komunikasi & Multimedia Malaysia, pengagihan spektrum 700 itu telah ditarik semula.

Image may contain: text

Arahan penarikan spektrum itu telah diarahkan oleh KKMM kepada Suruhanjaya Multimedia Dan Komunikasi (MCMC) atas alasan pengurusan dan penguntukan spektrum adalah aset negara yang penting untuk pembangunan negara.

IKLAN

Selain itu, MCMC juga diarahkan untuk menyemak dan mengkaji semula pengagihan spektrum-spektrum ini kepada syarikat telekomunikasi di Malaysia dengan kadar segera.

Walau apapun, secara tidak langsung ia menimbulkan persoalan mengapakah KKMM mengagihkan spektrum 700MHz kepada syarikat-syarikat telekomunikasi pada awalnya.

Sumber: KKMM