Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Freebuds 4i 1

Cari TWS Dengan Ciri ANC? Miliki Huawei FreeBuds 4i Serendah RM319

Diterbitkan Mac 24, 2021 oleh Amsyar Latif

Huawei baru-baru ini mengumumkan kehadiran fon telinga tanpa wayar mereka yang baru iaitu FreeBuds 4i. Ia akan tersedia buat pasaran tempatan bermula 27 Mac ini.

Penawaran Huawei kali ini semestinya ciri pembatalan hingar aktif (ANC) dan ia dijual pada harga hanya RM379. Selain itu, ia juga hadir dengan Awareness Mode.

Tambahan lagi, Huawei mendakwa ia mampu memainkan muzik sehingga 10 jam tanpa henti dengan sekali cas. Sementara, 10 minit cas dapat berikan ketahanan sehingga 4 jam.

Freebuds 4i

Bersempena kehadirannya di Malaysia, Huawei menawarkan potongan harga bagi fon telinga ini yang mana anda boleh dapatkan dengan harga RM319 sahaja.

Caranya anda perlu menebus baucar dan membelinya secara terus melalui Lazada. Bagi 3000 pembeli pertama juga bakal menerima casing percuma bagi FreeBuds 4i.

Tempoh promosi ini adalah terhad bermula 27 Mac sehingga 31 Mac ini. Selain itu, anda turut boleh membelinya menerusi Huawei Store atau Huawei Member Centre.

Sumber: Siaran Akhbar Huawei

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Dron Pengisi Minyak Di Udara Secara Kawalan Jauh Lebih 3,380 Km Dari Kapal Pengangkut
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
©2026 WISER.MY