Cara Untuk Menyunting "Background" Gambar Pasport

Tips kali ini kami ingin berkongsi cara - cara untuk mengubah warna latar belakang gambar pasport menggunakan perisian Photoshop.

Caranya tidaklah serumit yang anda sangkakan, ikuti sahaja langkah berikut.

 

Langkah 1

Pertama sekali, buka gambar yang ingin disunting pada perisian Photoshop



 

 

Langkah 2

Pada perisian Photoshop, pilih fungsi Polygonal Lasso Tool untuk memisahkan latar belakang daripada gambar. Caranya dengan mengelilingi keseluruhan gambar dengan garis putus - putus.



 

 

Langkah 3

Untuk memperhalusi lagi potongan gambar tersebut pilih Select - Modify - Smooth. Pada tetingkap Smooth Selection yang muncul, masukkan nilai 2 pixels dan klik OK



 

Langkah 4

Maka berikut adalah hasilnya, apappun pastikan bahagian tepi yang ingin dipotong kemas dan tiada langsung baki "background" asal.



 

Langkah 5

Seterusnya salin potongan tersebut dengan menekan crtl + j, maka akan muncul satu salinan gambar dengan latar belakang Transparent seperti berikut.



 

Langkah 6

Kemudian pilih warna latar belakang yang anda inginkan sebagai ganti yang lama.



 

Langkah 7

Seterusnya pada bahagian fail background, tekan kekunci ctrl +Delete untuk menggantikan warna tersebut. Maka akan muncul hasil seperti berikut. Kemudian pilih menu Layer - Flatten Image untuk hasil yang lebih baik.



 

Langkah 8

Akhir sekali, simpan gambar tersebut, selesai.



 

Berikut adalah hasil sebelum dan selepas.



 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan