Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Untuk Menyunting “Background” Gambar Pasport

Cara Untuk Menyunting “Background” Gambar Pasport

Diterbitkan Oktober 14, 2018 · Dikemas kini Oktober 14, 2018 oleh Tips Gajet

Tips kali ini kami ingin berkongsi cara – cara untuk mengubah warna latar belakang gambar pasport menggunakan perisian Photoshop.

Caranya tidaklah serumit yang anda sangkakan, ikuti sahaja langkah berikut.

 

Langkah 1

Pertama sekali, buka gambar yang ingin disunting pada perisian Photoshop

Cara Untuk Menyunting “Background” Gambar Pasport

 

 

Langkah 2

Pada perisian Photoshop, pilih fungsi Polygonal Lasso Tool untuk memisahkan latar belakang daripada gambar. Caranya dengan mengelilingi keseluruhan gambar dengan garis putus – putus.

Cara Untuk Menyunting “Background” Gambar Pasport

 

 

Langkah 3

Untuk memperhalusi lagi potongan gambar tersebut pilih Select – Modify – Smooth. Pada tetingkap Smooth Selection yang muncul, masukkan nilai 2 pixels dan klik OK

Cara Untuk Menyunting “Background” Gambar Pasport

 

Langkah 4

Maka berikut adalah hasilnya, apappun pastikan bahagian tepi yang ingin dipotong kemas dan tiada langsung baki “background” asal.

Cara Untuk Menyunting “Background” Gambar Pasport

 

Langkah 5

Seterusnya salin potongan tersebut dengan menekan crtl + j, maka akan muncul satu salinan gambar dengan latar belakang Transparent seperti berikut.

Cara Untuk Menyunting “Background” Gambar Pasport

 

Langkah 6

Kemudian pilih warna latar belakang yang anda inginkan sebagai ganti yang lama.

Cara Untuk Menyunting “Background” Gambar Pasport

 

Langkah 7

Seterusnya pada bahagian fail background, tekan kekunci ctrl +Delete untuk menggantikan warna tersebut. Maka akan muncul hasil seperti berikut. Kemudian pilih menu Layer – Flatten Image untuk hasil yang lebih baik.

Cara Untuk Menyunting “Background” Gambar Pasport

 

Langkah 8

Akhir sekali, simpan gambar tersebut, selesai.

Cara Untuk Menyunting “Background” Gambar Pasport

 

Berikut adalah hasil sebelum dan selepas.

Cara Untuk Menyunting “Background” Gambar Pasport

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Tebus Keahlian Shopee Untuk Pelajar
  • Sunway Teroka Pengangkutan Autonomi Dan Penerbangan Elektrik Di Malaysia
  • Cara Lapor Kesalahan Merokok Melalui 'MyLapor'
  • Spotify Sahkan Tindakan Perketat Perkongsian Pelan Family, Tapi Anggapnya Sebagai ‘Penambahbaikan Rutin’
  • Finland Luluskan Lesen Tapak Pelupusan Sisa Nuklear Pertama Di Dunia, Radiasi Kekal Sehingga 100,000 Tahun
  • Waze Nafi Dakwaan Kumpul Maklumat Sensitif Kerajaan
  • Pelanggan Spotify Berbayar Bakal Cecah 312 Juta, Pendapatan Turut Meningkat
  • Sony Dilapor Tamatkan Pengeluaran Pemain UHD Blu-ray
©2026 WISER.MY