Adakalanya, pembesar suara terbina yang terdapat pada peranti anda mungkin tidak cukup lantang dan mempunyai kualiti audio yang rendah. Namun, terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kelantangan dan kualiti audio, termasuk menggunakan aplikasi booster untuk kelantangan fon kepala atau gunakan fon kepala yang berkualiti.
Di bawah ini, kami senaraikan beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kualiti audio dan kelantangan pada peranti anda.
1. Sentiasa semak tetapan kelantangan dan audio peranti
Kebanyakan pengguna Android tidak menyedari peranti yang digunakan boleh ditetapkan tahap kelantangan. Di bahagian Setting, tatal ke bawah dan pilih Sound and Vibration. Memilih bahagian ini akan memberikan beberapa pilihan termasuk Volume Adjustment pada bahagian Sound Effect.
Selain itu, anda juga boleh melaraskan audio secara individu bagi genre muzik yang berbeza pada Equalizer. Dengan menggunakan fungsi ini, ia dapat membantu untuk meningkatkan kualiti audio pada peranti anda.
2. Gunakan aplikasi booster kelantangan fon kepala
Terdapat beberapa aplikasi yang tersedia di Play Store yang didakwa dapat meningkatkan kelantangan peranti anda. Kebanyakannya berfungsi dengan baik. Antara aplikasi tersebut termasuk Volume Booster GOODEV daripada pembangun GOODEV.
Dengan menggunakan aplikasi ini, ia meningkatkan kelantangan peranti anda sehingga 100%. Bagaimanapun, anda perlu berhati-hati menggunakan aplikasi ini kerana ia berpotensi untuk merosakkan perkakasan pembesar suara dalam jangka masa panjang. Oleh itu, anda perlu menggunakan dalam kadar yang bersesuaian dengan peranti anda.
3. Bersihkan habuk pada pembesar suara
Mungkin ramai diantara kita tidak ambil tahu dan membersihkan habuk pada pembesar suara. Dengan habuk yang terlalu banyak itu, ia mungkin menyekat bunyi yang keluar dari peranti anda.
Antara kaedah yang boleh digunakan untuk membersih habuk yang melekat pada pembesar suara termasuk menggunakan pita pelekat atau berus lukisan.
Begitu juga jika anda menggunakan fon kepala, ambil putik kapas (cotton bud) dan cuci pada bicu audio. Setelah itu, anda mungkin dapat mendengar audio yang lebih baik pada peranti.
4. Cuba aplikasi booster Equalizer
Terdapat beberapa aplikasi yang boleh digunakan untuk meningkatkan pengalaman audio secara keseluruhan. Antara yang disyorkan termasuk Music Equalizer, Bass Booster & Equalizer, dan Equalizer & Bass Booster.
Selain tetapan yang boleh dilakukan pada peranti anda, aplikasi yang dinyatakan juga boleh diguna untuk meningkatkan kualiti audio. Namun, harus diingatkan aplikasi equalizer pihak ketiga ini mungkin tidak berfungsi bagi peranti tertentu.
5. Dapatkan fon kepala yang berkualiti
Membeli fon kepala yang berkualiti mungkin memerlukan kos yang mahal. Namun, untuk mendapatkan kualiti audio yang lebih baik, ia adalah suatu pelaburan yang berbaloi untuk anda.
Pada masa kini, kebanyakan fon kepala telah direka dengan pembatalan bunyi hingar untuk memastikan pengalaman audio yang lebih baik. Dengan itu, anda mungkin boleh membeli mana-mana fon kepala dengan fungsi pembatalan hingar yang terdapat dalam pasaran.
Dengan semua langkah yang dinyatakan, anda mungkin boleh mencuba untuk meningkatkan kualiti audio dan memberikan pengalaman yang lebih baik semasa menggunakannya.