Cara Untuk Memindahkan Permainan Dari Konsol PlayStation 4 Ke PlayStation 5

Baru-baru ini, Sony telah mengumumkan PlayStation 5 (PS5) akan dilancarkan di Malaysia pada 11 Disember 2020. Malah, pra-tempahan juga telah dibuka pada 12 November yang lalu.

Oleh itu, sudah pasti ramai yang tidak sabar untuk mendapatkan PS5 ini nanti. Jika sebelum ini anda telah memiliki PlayStation4, mungkin anda telah pun tahu hampir kesemua permainan PS4 boleh dimainkan pada PS5.

Untuk memainkan permainan PS4 di konsol PS5, berikut adalah beberapa cara yang boleh dilakukan untuk memindahkan permainan dari PS4 ke PS5.

1. Muat turun data simpanan dari storan awan PS Plus


Jika anda melanggan PS Plus, secara automatik data simpanan anda akan dimuat naik ke penstoran awan. Jika tidak, sila hidupkan PS4 anda dan pergi ke Settings > Application Saved Data Management > Saves Data in System Storage > Upload to Online Storage. Pilih fail yang ingin dimuatnaik dan tekan "Yes".

Untuk memuat turun data simpanan penstoran awan dari PS4 ke PS5, hidupkan PS5, pergi ke Settings > Saved Data and Game/App Settings > Saved Data (PS4) > Cloud Storage.



 Kemudian, anda akan mempunyai dua pilihan, dan tekan pada "Download to Console Storage", pilih fail yang ingin dimuat turun dan tekan "Download".


2. Pemindahan data melalui USB


Sebagai alternatif jika anda tidak melanggan PS Plus, pemindahan data juga boleh dilakukan melalui USB.

Sambungkan USB pada PS4 dan pergi ke Settings > Application Saved Data Management > Saved Data in System Storage > Copy to USB Storage Device. Pilih fail yang ingin disalinkan dan pindahkan ke pemacu USB. Setelah selesai, keluarkan USB tersebut dari PS4 dan sambungkan ke PS5.

cara pindahkan permainan PS4 ke PS5

Pergi ke Settings > Saved Data and Game/App Settings, kemudian pilih Saved Data (PS4) > USB Drive. Setelah itu, tekan "Copy to Console Storage" dan pilih fail yang ingin disalinkan dan tekan "Copy". 


3. Pemindahan data melalui tetapan


Pastikan PS4 anda dikemaskini dengan sistem perisian terkini sebelum melakukan pemindahan data dalam tetapan serta log masuk ke akaun yang sama akan digunakan pada konsol PS5.

Seterusnya, sambungkan konsol PS4 ke rangkaian yang sama seperti PS5. Jika anda memindahkan data melalui Wi-Fi, masa pemindahan data dapat dikurangkan dengan menyambungkan kedua-dua konsol tersebut menggunakan kabel ethernet.

cara pindahkan permainan PS4 ke PS5

Setelah dua konsol permainan ini disambungkan, ikut arahan pada konsol PS5 dan data akan dipindahkan dari PS4 ke PS5. Semasa proses pemindahan data dilakukan, anda masih boleh menggunakan PS5 seperti biasa.

https://youtu.be/V8cmLeFQBT0

Selesai. Semoga bermanfaat.

Sumber: Techradar, tomsguide