PS5 Boleh Mainkan Semua Permainan PS4 Kecuali 10 Permainan Ini

Sony sebelum ini pernah mengumumkan bahawa PlayStation 5 akan menyokong fungsi backward compatibility dimana permainan dari PlayStation 4 boleh dimainkan di konsol terbaharu mereka.

Baru-baru ini, Sony telah menyatakan kesemua permainan dari PS4 boleh dimainkan di PS5 kecuali 10 permainan sahaja yang tidak boleh.

Namun, berdasarkan senarai yang dikeluarkan Sony, permainan yang tidak boleh dimainkan itu tidak memberikan kesan yang besar terhadap pengguna kerana ia bukanlah daripada judul permainan yang terkenal.

Ini merupakan senarai permainan PS4 yang tidak boleh dimainkan di PS5:

  • DWVR

  • Afro Samurai 2 Revenge of Kuma Volume One

  • TT Isle of Man - Ride on the Edge 2

  • Just Deal With It!

  • Shadow Complex Remastered

  • Robinson: The Journey

  • We Sing

  • Hitman Go: Definitive Edition

  • Shadwen

  • Joe's Diner


Tambahan lagi, pengguna PS5 boleh memainkan lebih daripada 4000 judul permainan PS4. Jika anda mempunyai konsol PS5 dengan cakera blu-ray, anda hanya perlu masukkan cakera PS4 tersebut ke dalam PS5.



Manakala jika anda mempunyai konsol PS5 versi digital, anda hanya perlu log masuk ke dalam playstation network dan ia akan menyenaraikan secara automatik permainan PS4 anda.



Selain itu, salah satu permainan yang mendapat naik taraf adalah Ghost of Tsushima dimana pembangunnya mengesahkan bahawa PS5 mampu memainkan permainan tersebut dengan 60fps.

Konsol PlayStation 5 ini akan hadir buat pasaran Malaysia pada November 2020 dengan harga jualan bermula $399 (~RM 1648).

Sumber: Playstation