Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Menggunakan Lebih Daripada Satu Akaun Whatsapp Pada Peranti Android

Cara Sembunyikan Mesej WhatsApp Anda Dari Dilihat Orang Lain

Diterbitkan April 2, 2024 · Dikemas kini April 2, 2024 oleh ariff bukhari

WhatsApp telah mula menawarkan tetapan bagi ciri privasi baharu kepada penggunanya iaitu Chat Lock (Kunci perbualan).

Ciri ini menawarkan kepada pengguna untuk membaca atau menghantar mesej dengan membuka kunci sembang yang memerlukan pengesahan peranti, seperti kod laluan telefon anda, ID Muka, cap jari, atau dengan kod rahsia yang boleh ditetapkan.

Jadi, dengan ciri ini, pengguna lain tidak akan dapat mengakses ruang sembang tersebut (individu atau grup) sesuka hati tanpa pengetahuan anda.

Berikut adalah cara mengaktifkan ciri Chat Lock di peranti iOS dan Android.

1. Pilih dan tap pada ruang sembang (individu atau grup) tersebut, pilih Kunci skrin dan tetapkan muka atau cap jari.

chat lock
WhatsApp chat lock
WhatsApp chat lock

Apabila Kunci skrin ditetapkan, WhatsApp akan meminta pengesahan ID wajah atau cap jari apabila anda mahu membuka mesej yang dikunci itu.

WhatsApp chat lock

Tetapi, seperti yang anda lihat pada rajah di atas, ruang sembang yang dikunci (Locked Chats) itu tertera di bahagian paling atas dalam WhatsApp anda.

Bermakna, orang lain akan tahu bahawa anda ada sembang yang cuba disembunyikan.

Jadi, jika ia masih belum cukup memberikan privasi kepada anda, apa kata anda aktifkan pula ciri Secret Code.

Ciri ini sekaligus akan menyembunyikan sembang tersebut dari dipaparkan dalam WhatsApp. Satu-satunya cara untuk melihatnya semula adalah dengan memasukkan kod rahsia yang ditetapkan anda.

Berikut cara sembunyikan sembang WhatsApp tersebut:-

1. Tap pada Locked Chats dan pilih Settings.

WhatsApp chat lock

2. Kemudian, dalam tetapan ini, aktifkan ciri Hide Locked Chats dan Secret Code.

 

WhatsApp chat lock
WhatsApp chat lock
WhatsApp chat lock

Apabila Hide Locked Chats dan Secret Code ditetapkan, Locked Chats itu tidak lagi dipaparkan dalam WhatsApp anda.

Maka tiada sesiapa pun yang akan dapat melihat sembang yang disembunyikan itu.

Satu-satunya cara untuk membuka bagi menghantar dan melihat sembang yang disembunyikan itu semula adalah dengan memasukkan kod rahsia yang anda tetapkan tadi ke dalam bar carian di dalam WhatsApp.

WhatsApp chat lock

Walau bagaimanapun, suka diingatkan di sini bahawa ciri ini hanya akan mengunci sembang pada peranti itu sahaja.

Bermakna, jika anda mempunyai peranti lain yang dipautkan pada akaun WhatsApp yang sama, seperti di komputer, sembang pada peranti terpaut tersebut tidak akan dikunci.

Kesemua ciri privasi baru WhatsApp ini sudah pun mula ditawarkan kepada pengguna secara berperingkat, jadi mungkin ada dikalangan pengguna masih belum menerima ciri baru ini.

Untuk mendapatkan akses kepada ciri baharu, pastikan anda mengemas kini WhatsApp kepada versi terkini.

Berkaitan

  • Tak Perlu Tunggu Lama, Telefon Ni Mampu Dicas Penuh 10 Minit Sahaja
  • Siri Redmi Note 13, Ciri 'Flagship' Kini Ada Pada 'Midrange'
  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari

Sumber: WhatsApp

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Beli 'Travel' eSIM Shopee
  • Kerjasama AI Muse Diperluas, NVIDIA Bakal Labur AS$3 Bilion Dalam Meta
  • ChatGPT Kini Boleh Akses iCloud Mail Dan Calendar
  • SK Hynix Umum Untung Lebih RM258 Bilion Dalam Tempoh 3 Bulan
  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
©2026 WISER.MY