Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Mudah Untuk Membuat Animasi Menggunakan Android

Cara Mudah Untuk Membuat Animasi Menggunakan Android

Diterbitkan April 1, 2018 · Dikemas kini Julai 6, 2018 oleh Tips Gajet

Kepada pengguna peranti Android, berikut kami kongsikan satu kaedah mudah untuk anda membuat animasi sendiri. Perlu diingat bahawa kaedah ini tidak membolehkan anda membuat animasi sehebat Hollywood, namun ianya cukup sekiranya ingin diguna pada media sosial ataupun di peringkat sekolah.

Caranya sangat senang, ikuti sahaja langkah-langkah berikut.

Pertama sekali, pasang aplikasi FlipaClip – Cartoon Animation daripada Palystore terlebih dahulu.

Cara Mudah Untuk Membuat Animasi Menggunakan Android

 

Seterusnya pilih ikon + untuk memulai membuat animasi.

Cara Mudah Untuk Membuat Animasi Menggunakan Android

 

Berikan tajuk yang sesuai

Cara Mudah Untuk Membuat Animasi Menggunakan Android

 

Pilih latar belakang untuk animasi yang ingin dibuat tersebut, boleh pilih yang sudah tersedia ataupun pilih gambar yang ada dalam peranti anda.

Cara Mudah Untuk Membuat Animasi Menggunakan Android

 

Kemudian pilih saiz canvas yang ingin digunakan.

Cara Mudah Untuk Membuat Animasi Menggunakan Android

 

Pilih FPS ataupun frame per seconds yang ingin ditetapkan pada animasi tersebut, kami cadangkan pilih diantara 11 hingga 13. Seterusnya pilih create project.

Cara Mudah Untuk Membuat Animasi Menggunakan Android

 

Bahagian atas adalah tools untuk suntingan, manakala bahagian tengah adalah babak yang ada dalam animasi anda. Kotak merah yang paling merah adalah potongan babak demi babak yang ada dalam filem anda.

Cara Mudah Untuk Membuat Animasi Menggunakan Android

 

Anda boleh membuat filem yang pendek ataupun panjang bergantung pada “selera” anda.

Cara Mudah Untuk Membuat Animasi Menggunakan Android

 

Jika sudah siap, klik pada butang Play untuk memainkan animasi yang telah anda hasilkan.

Cara Mudah Untuk Membuat Animasi Menggunakan Android

 

Selamat menonton.

Cara Mudah Untuk Membuat Animasi Menggunakan Android

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermnafaat.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY