Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Meningkatkan Kualiti Audio Pada Android

Cara Meningkatkan Kualiti Audio Pada Android

Diterbitkan Mac 22, 2018 oleh Tips Gajet

Kepada yang sudah mencuba peranti pintar terkini Samsung S9+ semestinya akan merasa kagum dengan kualiti bunyi talaan AKG.

Bagi anda yang teringin untuk menikmati kualiti bunyi yang “Seakan” sama dengan peranti tersebut, berikut kami kongsikan satu kaedah mudah untuk menaik taraf kualiti bunyi pada peranti Android.

Pertama sekali apa yang perlu anda lakukan ialah dengan memasang aplikasi Equalizer & Bass Booster daripada Playstore.

Cara Meningkatkan Kualiti Audio Pada Android

 

Seterusnya buka aplikasi tersebut dan beri keizinan sekiranya diminta seperti gambar dibawah.

Cara Meningkatkan Kualiti Audio Pada Android

 

Beginilah rupa antara muka paparannya, anda boleh menetapkan tahap bunyi yang diinginkan dengan memutar ikon dalam kotak merah seperti berikut.

Cara Meningkatkan Kualiti Audio Pada Android

 

Anda juga boleh menetapkan Equalizer mengikut citarasa masing-masing, ataupun pilih sahaja pada menu “Preset” yang diberikan.

Cara Meningkatkan Kualiti Audio Pada Android

 

Setelah siap tetapan, anda boleh mencuba hasil bunyi terkini yang telah ditetapkan sebentar tadi dengan menekan butang seperti dalam kotak merah berikut.

Cara Meningkatkan Kualiti Audio Pada Android

 

Selesai, sekarang anda akan dapati kualiti bunyinya akan jelas ketara, apatah lagi apabila didengar melalui fon telinga.

Cara Meningkatkan Kualiti Audio Pada Android

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pasport Kini Boleh Diperbaharui Melalui Aplikasi MyGOV Malaysia
  • PETRONAS Bakal Bawa LNG Terapung Berhampiran Pantai Pertama Dunia Ke Sipitang, Sabah
  • Dua Syarikat Malaysia Disenarai AS, MITI Nasihat Pengendali Pusat Data Elak 7 Entiti
  • Honor Magic9 Pro Max Dilancar Di Malaysia Pada Harga RM5,999
  • Cara Paparkan Semula Preview Bergambar Pada Ikon Di Windows Explorer
  • LZNK Lancar Aplikasi 'Amil AI' - Permudah Akses Maklumat, Permohonan Bantuan, Bayaran Zakat
  • BYD Kini Tawar SUV Dengan Stereng Boleh Dilipat Menerusi Fangchengbao Tai 9
  • Dream Chaser Terima Lesen Pendaratan FAA, Sasar Penerbangan Sulung Pada 2027
©2026 WISER.MY