Cara Guna Alat Kawalan PS5 Pada iPhone Dan iPad

Beberapa hari lepas, Apple telah melancarkan kemas kini iOS 14.5 Beta 1 kepada pembangun.


Antara yang menarik adalah sokongan alat kawalan PlayStation 5 (PS5) pada iPhone dan iPad.

Sekiranya anda memiliki PS5, anda boleh menggunakan alat kawalannya untuk memainkan permainan yang ada pada peranti Apple.

Berikut adalah cara bagaimana untuk padankan:


Pertama sekali pergi pada settings dan klik bluetooth. Pastikan tetapan bluetooth dalam keadaan off.



Kemudian, pada alat kawalan PS5, tekan butang PlayStation dan butang Share beberapa saat sehingga kelihatan lampu biru berkelip.



Selepas itu, klik on pada bluetooth di iPhone atau iPad. DualSense Wireless Controller akan terpapar pada bahagian other devices.

Kapsyen: Sumber: iDeviceHelp


Akhir sekali, klik DualSense Wireless Controller untuk padankannya.

Setelah alat kawalan di padankan, anda boleh memainkan permainan yang menyokong controller di iPhone atau iPad.

Perlu diingatkan, tidak semua permainan yang menerima sokongan alat kawalan. Selain itu, ciri ini hanya boleh dibuat pada ios versi 14.5 sahaja.

Anda boleh memuat turun iOS 14.5 beta yang baru dilepaskan kepada umum hari ini untuk mencubanya atau menunggu versi rasmi iOS ini pada masa akan datang.

Foto Utama: iDeviceHelp

 

Berkaitan