Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
dualsense ps5

iOS 14.5 Tambah Sokongan Alat Kawalan PS5 Dan Xbox Series X

Diterbitkan Februari 2, 2021 oleh Amsyar Latif

Hari ini Apple telah melancarkan kemas kini iOS 14.5 Beta 1 kepada pembangun yang memberikan banyak penambahan ciri baharu.

Antara yang menarik dalam versi kali ini adalah Apple menambah sokongan alat kawalan PS5 dan juga Xbox Series X dimana ia boleh digunakan untuk memainkan permainan di iPhone dan juga iPad.

Dengan ini, alat kawalan bagi kedua-dua konsol ini boleh memainkan permainan Apple Arcade dan beberapa lagi permainan iOS yang lain.

Buat masa sekarang, iOS 14.5 Beta 1 hanya terhad buat pembangun sahaja dan versi percubaan umum mungkin akan dilancarkan dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, versi ini juga menambah ciri lain seperti privasi untuk menyekat aplikasi daripada menjejak pengguna, nyahkunci iPhone dengan Apple Watch walaupun memakai pelitup muka, dwi-SIM 5G untuk iPhone 12 dan banyak lagi.

Sumber: Macrumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY