Bagi telefon pintar Android terdapat 3 jenis cara mengunci telefon pintar dari diakses oleh orang lain; kata laluan, nombor PIN dan juga corak. Berikut merupakan cara yang dapat membantu anda membuka telefon pintar sekiranya anda terlupa kata laluan.
1.Android 4.4 dan versi terdahulu
Android versi lama seperti Android 4.4 Kitkat mempunyai fungsi "bypass" kata laluan, nombor PIN mahupun corak jika anda terlupa. Walaupunbegitu, Google telah membuang fungsi ini pada Android 5.0 Lollipop. Untuk mula mengaktifkan fungsi ini, masukkan kata laluan yang salah sebanyak 5 kali. Ya, anda tidak tersalah baca. Masukkan kata laluan yang salah sebanyak 5 kali dan skrin paparan akan memaparkan butang "Forgot PIN" atau "Forgot Password" atau "Forgot Pattern". Tekan butang tersebut dan skrin akan terpapar seperti imej dibawah. Sekurang-kurangnya anda mungkin mengingati emel dan kata laluan emel yang didaftarkan pada telefon pintar anda.
2. Android 5.0 dan terkini
Tidak seperti versi yang sebelumnya, Android 5.0 dan keatas tidak mempunyai fungsi untuk menetapkan semula kata laluan anda seperti Android 4.4. Ia juga dilihat memberi perlindungan tambahan keatas telefon pintar kerana pengguna lain tidak boleh "bypass" kata laluan anda. Android versi 5.0 dan keatas dilengkapi dengan ciri Android Smart Lock yang boleh membantu anda ketika terlupa kata laluan. Tetapan Smart Lock mempunyai 3 pilihan; peranti yang dipercayai, wajah yang dipercayai, dan tempat yang dipercayai. Untuk peranti yang dipercayai, terdapat dua pilihan sambungan, Bluetooth atau NFC. Sebagai contoh, peranti yang dipercayai anda tetapkan kepada jam tangan pintar. Setiap kali telefon pintar anda bersambung dengan jam tangan pintar, kata laluan tidak diperlukan untuk mengakses telefon pintar. Sekarang bolehlah tetapkan telefon pintar anda kepada peranti, WiFi ataupun wajah yang dipercayai untuk memudahkan anda jika terlupa kata laluan.
3. Factory Reset telefon pintar
Cara ini merupakan cara terakhir sekali untuk membolehkan anda mengakses telefon pintar. Mungkin anda sudah melakukan pelbagai cara termasuk langkah-langkah diatas dan masih gagal. Perlu diingat, segala data seperti gambar, video dan apa jua yang terdapat di dalam telefon akan terpadam sama sekali. Bak kata orang, "bau kedai". Tetapi sekarang, kebanyakkan data telah dibackup secara online dan setelah melakukan factory reset anda masih boleh mengakses data tersebut. Untuk factory reset telefon anda, pastikan telefon dimatikan terlebih dahulu. Tekan butang Power dan Volume Down serentak (berbeza mengikut model telefon pintar). Tunggu skrin memaparkan Recovery Mode. Navigasi menu menggunakan butang Volume Up dan Volume Down. Pilih "Factory Reset" dan tekan butang Power dan selepas itu telefon anda kembali menjadi "baru".
Mungkin ada diantara anda yang terlupa kata laluan dan mempunyai cara yang lain untuk mengakses telefon pintar bolehlah kongsikan di ruangan komen.
Sumber: How to Geek
Sumber Imej: phoneuser.net, Android Headlines, Beetel Bite
Berkaitan
- (Ulasan) Tronsmart Element T6 Plus - Pembesar Suara Mudah Alih Dengan Audio Yang Baik
- Tiada Lagi Bil Kertas Dari TM Bermula September Ini
- Malaysia Antara Negara Yang Dipertimbangkan Untuk Pengeluaran Produk Apple
- Sony Xperia XZs (RM2899) Dan Xperia XA1 (RM1199) Sudah Memasuki Pasaran Malaysia, Pra Tempah Bermula Hari Ini
- Ini Sebab Polis Tidak Boleh Periksa Telefon Bimbit Orang Awam Secara Rambang
- Binaan Seperti Peranti Bangsawan Tapi Dijual Pada Harga Pertengahan
- Jika Sebelum Ini Skrin Paparan Melengkung Di Bahagian Tepi, Kini Samsung Dikhabarkan Bakal Keluarkan Skrin Melengkung Di Atas Dan Bawah
- YouTube Senaraikan 19 Telefon Pintar Terbaik Untuk Akses Kandungan Video Mereka
- (Ulasan)Huawei Mate 20 Pro - Kamera Yang Disusun Petak Dengan Hasil Gambar Yang Terbaik
- Redmi Note 9S Rasmi, Dilengkapi Bateri 5020mAh, Kuad Kamera Dan Snapdragon 720G