Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2025-05-26 at 3.08.14 PM

[Dikemas Kini] Canva Sedang Alami Gangguan Akses

Diterbitkan Mei 26, 2025 · Dikemas kini Mei 26, 2025 oleh Amsyar Latif

Platform reka bentuk grafik popular, Canva, kini mengalami gangguan teknikal yang menyebabkan pengguna tidak dapat mengakses laman web tersebut. Ramai pengguna melaporkan menerima “timeout errors” ketika cuba memuatkan platform.

Masalah ini terjadi sekitar jam 2:00 PM waktu tempatan dan tidak terhad di Malaysia sahaja tetapi ia juga dihadapi pengguna di negara lain.

Screenshot 2025-05-26 at 3.05.26 PM

Menurut laman rasmi Canva Status, pasukan kejuruteraan mereka sedang giat menyiasat dan berusaha menyelesaikan isu ini secepat mungkin.

Buat masa ini, tiada jangka masa ditetapkan untuk pemulihan penuh. Pengguna dinasihatkan untuk menyemak laman status Canva dari semasa ke semasa untuk perkembangan terkini.

Kemas kini 3:34 PM: Pengguna sudah boleh log masuk dan akses ke Canva. Namun, ia belum pulih sepenuhnya memandangkan pihak Canva mengatakan masih sedang berusaha menyelesaikan masalah ini.

Kemas kini 5:57 PM: Pihak Canva menyatakan yang masalah ini sudah selesai. Bagaimanapun, mungkin ada segelintir yang menghadapi kesukaran dalam menyimpan hasil kerja. Oleh itu, pasukannya masih memantau situasi tersebut dan akan terus memperbetulkan isu ini.

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Empat Gergasi Telefon China Seragamkan Pengecasan Pantas Dengan UFCS 2.0
  • Celcom Life Hub Akan Ditamatkan Sepenuhnya Pada 31 Mei

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Dron Pengisi Minyak Di Udara Secara Kawalan Jauh Lebih 3,380 Km Dari Kapal Pengangkut
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
©2026 WISER.MY