Radar Naga muncul buat pertama kali di dalam naskhah manga pada 1984 merupakan sebuah alat yang digunakan untuk mencari 7 biji Mutiara Naga. Pasti anda semua tahu, jika kesemua 7 biji Mutiara Naga itu berjaya dikumpulkan ia boleh menyeru naga "Shenron" yang akan melaksanakan segala permintaan.
Bersempena dengan sambutan 30 tahun Mutiara Naga, radar ini telah dicipta untuk dijadikan sebagai koleksi simpanan peminat animasi tersebut. Animasi Mutiara Naga mula disiarkan di kaca TV bermula 1986 dan diikuti dengan dua siri lain, Dragon Ball Z dan GT. Walaupun sudah menjangkau tiga dekad, Mutiara Naga masih menjadi kegilaan ramai dengan keuntungan yang dibuat hasil penjualan cenderamata melebihi $5bilion.
Replika Radar Naga ini dilengkapi dengan skrin LED bulat yang akan memaparkan imej dan teks serta sensor yang akan bergerak jika anda mendekati Mutiara Naga.
Ia juga hadir dengan kesan bunyi yang pasti membuatkan para peminat teruja. Suara karakter Bulma yang menggunakan suara Hiromi Tsuru turut kedengaran memberi arahan pada radar itu.
Setelah anda berjaya menjumpai ketujuh-tujuh Mutiara Naga, Shenron akan muncul pada skrin dengan suara garau bertanyakan permintaan yang dihajati. Selepas itu ia akan hilang dan Mutiara Naga kembali berselerak.
Pra-tempah Radar Naga boleh dibuat di Premium Bandai sehingga 31 Januari 2017. Radar ini akan dijual pada ~RM430.
[embed]https://www.youtube.com/watch?v=75eurZKISdo[/embed]
Berkaitan
- Peminat Tempatan Kini Lebih Mudah Menyaksikan Perlawanan Bola Sepak Secara Dalam Talian
- Tomaz Blaze X Kini Dijual Pada Harga Promosi RM399
- Hadiah Misteri Menanti Anda Di Blue Cube
- TM Hadir Dengan Pelan Baru Yang Menggabungkan Webe Dan UniFi
- Kotak TV Android Yang Tidak Diperakui Antara Peranti Yang Dirampas SKMM
- Kirin 980 Diperkenalkan, Cip 7nm Pertama Di Dunia Dan 37% Lebih Laju Berbanding Versi Lama
- Giliran Huawei Nova 4 Pula Masuk Malaysia - Mula Dijual Pada 14 Februari Depan
- Ini Alasan Mengapa Redmi 8 Menggunakan Snapdragon 439
- Fuchsia Ganti Android, Betul Atau Tidak?
- Senarai Potongan Harga Barangan realme Sempena Promosi 8.8