Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple OpenAI ChatGPT

Bukan Transaksi Tunai, Apple Dilapor ‘Bayar’ OpenAI Dengan Pendedahan Jenama

Diterbitkan Jun 13, 2024 · Dikemas kini Jun 13, 2024 oleh Amalina Athman

Apabila CEO Apple Tim Cook mengumumkan kerjasama dengan OpenAI untuk integrasi ChatGPT ke dalam iPhone, iPad dan Mac, syarikat itu tidak menyatakan mengenai terma kewangan yang dipersetujui. Sama ada Apple membayar OpenAI atau sebaliknya, persoalan itu dibiarkan tidak berjawab oleh kedua-dua syarikat.

Bagaimanapun, laporan terbaharu menyatakan kerjasama itu tidak menjangkakan janaan pendapatan bagi kedua-dua pihak – sekurang-kurangnya untuk permulaan.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Ini Senarai Penuh Model iPhone Yang Akan Terima iOS 18
  • iOS 18 Kini Rasmi, Ini Antara Yang Baharu
  • Rasmi, Ini Sejumlah Ciri Baharu Dalam 'Apple Intelligence'

Memetik laporan Bloomberg, sumbernya memberitahu Apple tidak membayar OpenAI sebagai sebahagian daripada perkongsian itu. Sebaliknya, Apple percaya pendedahan jenama dan teknologi OpenAI kepada ratusan juta perantinya akan memberi nilai yang sama atau lebih besar daripada pembayaran monetari.

Sementara itu, Apple akan mendapat manfaat daripada menawarkan bot sembang kepada pengguna, yang berpotensi menarik pengguna untuk meluangkan lebih banyak masa pada peranti atau malah melakukan naik taraf.

Bahasa mudah, ia boleh dianggap sebagai situasi menang-menang yang saling menguntungkan dan memberi manfaat bagi kedua-dua pihak – “ganjarannya” akan datang datang kemudian.

Selain OpenAI, Apple juga merancang untuk menawarkan bot sembang Google Gemini sebagai pilihan tambahan, yang mana perjanjian itu dijangka akan berlaku lewat tahun ini.

Sumber: Bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY