Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bujang Lapok Wakil Malaysia Ke Kejohanan Akhir ‘Modern Combat Versus honor International Series eSports’

Bujang Lapok Wakil Malaysia Ke Kejohanan Akhir ‘Modern Combat Versus honor International Series eSports’

Diterbitkan April 7, 2018 oleh Haikel Areff

Pengeluar permainan video terkemuka Amerika Syarikat,Gameloft telah mengumumkan berkenaan Kejohanan Akhir ‘Modern Combat Versus honor International Series eSports’ yang akan berlangsung pada hari ini, 7 April 2018. Kejohanan ini akan dijalankan di ESL Studios, Paris. Apa yang lebih menarik, Malaysia juga akan mempunyai wakil kita sendiri dalam kejohanan itu. Pasukan yang menggelar diri mereka sebagai Bujang Lapok. Syarikat Gameloft telah menjalinkan kerjasama dengan honor dalam menganjurkan kejohanan ini.

Bujang Lapok Wakil Malaysia Ke Kejohanan Akhir ‘Modern Combat Versus honor International Series eSports’

Sejak beberapa minggu lalu, beberapa pasukan telah mengharungi pusingan kelayakan sebelum enam buah pasukan terbaik telah berjaya menempatkan diri mereka ke peringkat akhir. Pasukan tersebut adalah Bujang Lapok dari Malaysia, EMP Clan (Germany), R.E.D. (Italy), Supremacy (France), The Four Immortals (India) dan The Royals (Spain). Mereka akan bersaing untuk merebut hadiah bernilai kira-kira €10,000 (RM 47,303) serta sebuah peranti telefon pintar Honor View 10 setiap seorang. Kejohanan ini juga dianjurkan bersempena dengan pelancaran peranti Honor View 10, keluaran terbaru dari Huawei. 

Bujang Lapok Wakil Malaysia Ke Kejohanan Akhir ‘Modern Combat Versus honor International Series eSports’

Anda boleh memberi sokongan kepada pasukan Bujang Lapok melalui siaran langsung strim di saluran Youtube Gameloft pada pukul 6 petang ini.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY