Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
nusantara adventures

Buah Tangan Anak Malaysia, ‘Game’ Ini Bakal Dilancarkan Di Stor Steam

Diterbitkan Oktober 9, 2023 · Dikemas kini Oktober 10, 2023 oleh ariff bukhari

Sebuah permainan hasil tangan anak Malaysia bakal dilancarkan di stor Steam tidak lama lagi. Permainan bertajuk Nusantara Adventures ini dibangunkan oleh Moredoor Interactive yang berpangkalan di Bintulu, Sarawak.

Berdasarkan penerangan ringkas di stor Steam, Nusantara Adventures ialah pengembaraan aksi yang memfokuskan pada pertempuran masa nyata. Ia berlatarkan dunia fiksyen Nusantara yang berdasarkan zaman Kesultanan Melayu yang unik.

Antara ciri utama Nusantara Adventures adalah pemain merasai pengalaman dengan mitos dan lagenda Nusantara yang menawarkan pelbagai kuasa unik, membolehkan pelbagai set gaya permainan.

https://twitter.com/moredoormy/status/1709762617668186418

Semakan di Steam mendapati, genre permainan ini disenaraikan sebagai aksi, pengembaraan, dan RPG. Walau bagaimanapun, spesifikasi permainan ini juga tidak dinyatakan lagi keperluan untuk memainkannya. Malah tarikh pelancarannya juga belum dinyatakan.

Tapi apabila ia sudah dilancarkan nanti, ia pasti akan menjadi perhatian kerana ia adalah produk anak Malaysia yang harus dibanggakan.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Bank Kuasa Pertama Di Dunia Dengan Ciri Ramalan Masa Pengecasan Kini Di Malaysia
  • Diskaun 10.10, Dapatkan Komputer Riba 'Gaming' MSI Serendah RM2,899

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY