4 Peranti Audio Bowers & Wilkins Hadir Di Malaysia, Harga Bermula RM1699

TC Acoustic baru-baru ini membawa masuk 4 peranti audio Bowers & Wilkins buat pasaran Malaysia. Peranti yang dilancarkan itu ialah, fon telinga Pi7 S2 dan Pi5 S2, serta fon telinga Px8 Edisi McLaren dan Px8 Edisi 007.

Pi5 S2




Bermula dengan Pi5 S2, fon putik ini adalah jenis in-ear. Ia mempunyai ciri pembatalan hingar aktif (ANC), Bluetooth 5.0 dengan teknologi aptX, pengecasan pantas serta menyokong pengecasan wayarles dan USB-C.

Codecs yang disokong pada Pi5 S2 adalah aptX, AAC dan SBC dimana didalam fon telinga ini terbina pemacu 9.2mm serta dua mikrofon untuk membuat panggilan.

Baterinya mampu bertahan sehingga 5 jam (ANC tutup) dan sehingga 16 jam sekiranya dengan bekas simpanan. Tambahan lagi, fon putik (earbuds) ini turut mempunyai penarafan IP54.

Empat pilihan warna ditawar, iaitu cloud grey, sage green, spring lilac dan storm grey.

Pi7 S2




Beralih kepada fon telinga terakhir, Pi7 S2. Fon putik jenis in-ear ini juga hadir dengan ciri seperti Pi5 S2 tetapi ia ada tambahan, iaitu sambungan 24-bit audio, rekaan pemacu 2 hala dan penghantaran semula audio dari bekas simpanan.

Selain itu, sokongan codec juga lebih banyak, iaitu aptX adaptif, aptX HD, aptX klasik, AAC dan SBC. Pemacunya sebesar 9.2mm dengan balanced armature serta 3 mikrofon terbina.

Dari segi ketahanan bateri, ia mampu bertahan sehingga 5 jam (ANC mati) dan sehingga 16 jam bersama bekas simpanan. Masih sama, ia juga mempunyai penarafan kalis air IP54.

Terdapat tiga pilihan warna - canvas white, satin black dan midnight blue.

 Px8 Edisi 007




Selesai fon telinga, kita bergerak ke fon kepala pula. Px8 Edisi 007 ini sesuai dengan tema filem James Bond. Di dalam pad telinganya, terdapat logo seakan-akan intro filem tersebut.

Fon kepala jenis over-ear ini hadir dengan ciri-ciri pembatalan hingar hibrid, sensor wear-detectionambient pass-through, Bluetooth audio 5.2 dengan aptX dan pengecasan usb-C.

Ia menyokong codecs aptX adaptif, aptX HD, aptX, AAC dan SBC. Di dalam, terbina 2x pemacu karbon 40mm, 4 mikrofon untuk ANC dan 2 mikrofon untuk telefon.

Baterinya dikatakan mampu bertahan sehingga 30 jam dimana 2 jam untuk mengecas serta 7 jam bertahan dengan hanya cas 15 minit.

Px8 Edisi McLaren




Selain edisi James Bond, Bowers & Wilkins juga mempunyai edisi McLaren. Ia menampilkan kemasan kelabu Galvanik dan sorotan oren betik.

Spesifikasi dalamannya sama sahaja dengan edisi 007 seperti ketahanan bateri 30 jam, ciri pembatalan hingar hibrid, 2x pemacu karbon 40mm, 4 mikrofon ANC, 2 mikrofon telefon dan lain-lain.

Harga


Kesemua peranti audio ini sudah mula dijual di pasaran tempatan. Berikut adalah harga rasminya:

  • Pi5 S2 - RM1699

  • Pi7 S2 - RM2499

  • Px8 Edisi 007 - RM4299

  • Px8 Edisi McLaren - RM4299


TC Acoustic Malaysia di Shopee - https://invl.io/clhqyk6

Sumber: Siaran Akhbar TC Acoustic Malaysia

Berkaitan