Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
boring phone

‘Boring Phone’, Telefon Mudah Alih Anti Telefon Pintar

Diterbitkan April 18, 2024 · Dikemas kini April 18, 2024 oleh ariff bukhari

Heineken dan firma kreatif Bodega telah bekerjasama untuk mengeluarkan telefon mudah alih, “Boring Phone“.

Peranti yang dikeluarkan oleh HMD dan terhad kepada hanya 5,000 unit ini secara jelas dimaksudkan untuk menjadi sehambar mungkin tanpa aplikasi pihak ketiga atau akses Internet untuk mengalih perhatian pengguna dari telefon pintar.

Heineken® dan Bodega berkata ‘Boring Phone‘ ini adalah untuk membantu orang ramai menemui lebih banyak perkara dalam kehidupan sosial mereka berbanding pada telefon mereka.

boring phone

Telefon ini hadir dengan rekaan lut sinar dan pelekat holografik yang mendapat inspirasi daripada kecintaan Gen Z terhadap fesyen dan reka bentuk Newtro dan mengingatkan telefon mudah alih pada awal 2000-an.

Dengan tambahan ciri moden dialih keluar, telefon mudah alih ini tidak dapat memuat turun media sosial atau aplikasi lain. Ia juga mempunyai masa siap sedia (stand by) selama seminggu dan masa bercakap sehingga 20 jam.

Boring Phone mahu mengembalikan perkara kepada asas tanpa akses kepada internet, media sosial atau aplikasi lain.

Telefon ini akan ditayangkan buat kali pertama pada Khamis 18 April di Milan Design Week; festival terkemuka dunia untuk reka bentuk dan inovasi.

Berkaitan

  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Sambar iPhone Raya Sekarang Serendah RM46/bulan Dan Jimat Sehingga RM750

Sumber: Heineken

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY