Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
boost China global

Boost Kini Sokong Pembayaran QR Global Dengan UnionPay, Termasuk Di China

Diterbitkan Julai 3, 2025 · Dikemas kini Julai 3, 2025 oleh Amalina Athman

Boost hari ini mengumumkan penambahan keupayaan pembayaran rentas sempadan menerusi integrasi baharu bersama UnionPay International (UPI).

Melalui kerjasama ini, pengguna Boost kini boleh membuat pembayaran QR di kedai yang menerima Weixin Pay di China, atau lebih dikenali di peringkat global sebagai WeChat Pay.

Kemudahan ini tersedia di bawah ciri “Scan & Pay” Boost dan tidak memerlukan aplikasi atau pendaftaran tambahan.

Boost QR Payment global China_2

Pengguna hanya perlu mengimbas kod pembayaran QR seperti biasa, termasuk kod statik di pelbagai kedai dan pusat beli-belah utama. Aplikasi Boost juga akan memaparkan kadar tukaran mata wang asing dalam masa nyata, selain akses pecahan fi dan sejarah transaksi.

Selain China, ciri pembayaran ini turut menyokong transaksi di kedai yang menerima UnionPay di beberapa negara lain termasuk Singapura, Thailand, Brunei, Vietnam, Kemboja, Korea Selatan, Australia dan lain-lain.

Sebelum ini, Boost hanya menyokong pembayaran QR inbound oleh pelancong ke Malaysia. Dengan penambahan ciri baharu ini, pengguna kini boleh menggunakan aplikasi itu untuk membuat pembayaran di luar negara, termasuk China.

Untuk butiran lanjut, layari laman rasmi Boost.

Berkaitan

  • Google Pay Kini Menyokong Kad Debit Boost Bank
  • 'Laptop' Mahal Sangat? Tablet Ni Dah Lebih Dari Cukup
  • PayNet, Alipay+ Dan WeChat Pay Bekerjasama Mudahkan Pelancong Berbelanja Di Malaysia
  • Alipay+ Bawa Ciri AI Untuk Permudah Urusan 'Travel' Dalam Satu Aplikasi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY