Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Boost Kenakan Caj 0.75% Untuk Semua Tambah Nilai Melalui Kad Kredit

Boost Kenakan Caj 0.75% Untuk Semua Tambah Nilai Melalui Kad Kredit

Diterbitkan Oktober 17, 2024 · Dikemas kini Oktober 17, 2024 oleh Amalina Athman

Boost kini memperkenal Yuran Kemudahan baharu untuk pengguna yang melakukan tambah nilai melalui kad kredit.

Sebelum ini, platform itu mengenakan yuran kemudahan sebanyak 1% untuk tambah nilai kad kredit yang melebihi had bulanan RM1,000. Namun, yuran tersebut kini dikurangkan dan nampaknya terpakai untuk semua tambah nilai melalui kad kredit.

Mulai 14 Oktober 2024, Yuran Kemudahan sebanyak 0.75% akan dikenakan kepada semua transaksi tambah nilai ke akaun Boost yang menggunakan kad kredit.

Walau bagaimanapun, pengguna boleh melakukan tambah nilai secara percuma daripada Boost Bank atau melalui pindahan DuitNow.

Dalam perkembangan lain, GrabPay bulan lalu telah menguatkuasakan caj bayaran sebanyak 1% untuk tambah nilai melalui kad kredit. Sementara TNG eWallet mengambil langkah yang sama pada awal tahun ini.

Berkaitan

  • Caj 1% Untuk Semua Tambah Nilai TNG eWallet Melalui Kad Kredit
  • Boost Bank Lancar Aplikasi Bank Digital, Kadar Faedah Harian Sehingga 3.2% p.a.
  • GrabPay Akan Kenakan Caj 1% Tambah Nilai Dari Kad Kredit Bermula 11 September 2024
  • Stok Terhad: Barang Elektronik Murah di Shopee – Jangan Lepaskan Peluang!

Sumber: Boost

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY